Utusan Borneo (Sarawak)

OKU digalak terlibat dalam pelbagai program

Untuk motivasi, beri peluang kepada mereka menonjolka­n potensi serta bakat dalam diri: Lee

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Golongan orang kurang upaya (OKU) sentiasa digalak terlibat aktif dalam pelbagai program yang disediakan untuk mereka.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, program dianjur untuk golongan berkenaan bagi memotivasi­kan diri dan memberi peluang kepada mereka menonjolka­n potensi serta bakat dalam diri.

“Dengan menyertai pelbagai aktiviti disediakan untuk mereka, secara langsung ia akan meningkatk­an daya keyakinan pada diri masingmasi­ng.

“Malah, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) komited untuk terus memberi perhatian kepada aspek kebajikan dan keperluan OKU,” katanya.

Jelasnya, mereka juga sebahagian masyarakat yang mempunyai kesaksamaa­n hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti masyarakat lain.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan ‘OKU’s Got Talent’ Peringkat Bahagian Miri anjuran Unit Khidmat Sokongan Sosial dengan kerjasama Unit Kaunseling Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri di Dewan Serba Guna Kompleks Baitulmal Miri, petang kelmarin.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin itu, program terbabit secara langsung turut dijadikan sebagai salah satu platform kepada warga OKU untuk mencungkil bakat mereka melalui acara pertanding­an.

“Saya difahamkan aktiviti ini mendapat sambutan menggalakk­an dan memberi peluang kepada para peserta un- tuk menunjukka­n keupayaan bakat mereka yang perlu kita sokong.

“Jadi acara sebegini sebagai acara tahunan bukan sahaja peringkat bahagian, tetapi dilaksana sehingga ke peringkat daerah seterusnya negeri untuk terus meningkatk­an keyakinan mereka,” katanya.

Lee kemudianny­a menyampaik­an hadiah kepada para pemenang yang telah mengikuti program ‘OKU’s Got Talent’ bertemakan ‘Don’t Dis My Ability’ dengan tiga kategori pertanding­an iaitu Nyanyian Secara Solo, Tarian dan Pakaian Beragam.

Turut hadir ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, Temenggung Elizabeth Deng, Pegawai Daerah Miri Abdul Aziz Yusuf, Ketua Cawangan Pembanguna­n OKU JKM Sarawak Armisy Basri, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri Sharifah Ranimah serta tetamu lain.

Dengan menyertai pelbagai aktiviti disediakan untuk mereka, secara langsung ia akan meningkatk­an daya masing. ” keyakinan pada diri masing- Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

 ?? — Gambar Muhd Rais Sanusi ?? MESRA: Nancy (berdiri, kanan) dan Nadison (berdiri, kiri) berjalan masuk dan beramah mesra dengan para penerima pada penyerahan hadiah Deepavali.
— Gambar Muhd Rais Sanusi MESRA: Nancy (berdiri, kanan) dan Nadison (berdiri, kiri) berjalan masuk dan beramah mesra dengan para penerima pada penyerahan hadiah Deepavali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia