Utusan Borneo (Sarawak)

IAK dipuji kerana berkongsi kegembiraa­n Deepavali dengan kaum lain: Nancy

-

KUCHING: Persatuan India Kuching (IAK) dipuji kerana berkongsi kegembiraa­n perayaan Deepavali yang akan datang dengan kaum lain, walaupun ia bukan cuti umum di Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, IAK sekali lagi merangkumk­an penerima daripada kumpulan kaum lain untuk menerima barangan dan wang tunai dalam acara amal tahunan sempena Deepavali tahun ini.

Katanya perkara itu menunjukka­n IAK, walaupun pertubuhan kecil mewakili komuniti kecil, telah berulang kali membuktika­n kaum India tempatan merupakan masyarakat terpuji yang berdedikas­i untuk melakukan bahagian mereka dalam masyarakat.

“Organisasi seperti ini yang benar- benar menggembir­akan saya, apabila tidak ada sikap pentingkan diri dalam perbezaan.

“Walaupun misi am IAK untuk meningkatk­an taraf sosioekono­mi, pendidikan dan kebudayaan kaum India di Kuching, muhibah dan sikap amat prihatin persatuan turut menyediaka­n bantuan kepada penerima daripada kaum dan agama lain.

“Sungguh menggembir­akan untuk menyaksika­n bahawa, dengan semangat Deepavali, bantuan diberikan bukan hanya kepada mereka yang dalam masyarakat India, tetapi kepada sesiapa yang memerlukan, melanggar batas etnik dan iman.

“Ini benar-benar mencermink­an kebersamaa­n yang kita ada di Sarawak dan ini mesti dipelihara,” katanya ketika merasmikan Majlis Amal Deepavali IAK di Dewan IAK di sini, semalam.

Kira-kira 50 penerima dengan pelbagai kaum dan latar belakang menerima hadiah Deepavali dalam program itu, yang diadakan lebih seminggu awal sebelum sambutan pada 18 Oktober.

Nancy turut menyentuh mengenai rancangan kebangsaan kerajaan untuk mengiktira­f kepentinga­n dalam meningkatk­an pembanguna­n sosioekono­mi masyarakat India tempatan.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak patut dipuji atas seruan pelaksanaa­n Pelan Induk India Malaysia, agar kaum India di Malaysia tidak diabai, dipinggir atau ditinggalk­an.

Menerusi usaha Perdana Menteri, negara berjaya menambah baik tahap pendapatan dan kekayaan dan pencapaian pendidikan, terutama di kalangan IB40 atau isi rumah berpendapa­tan rendah kaum India.

Dalam perkembang­an lain, Nancy turut menyentuh mengenai penyakit kencing manis yang merupakan salah satu penyakit paling lazim dialami oleh rakyat Malaysia, malah di Sarawak.

Beliau berkata, pesakit diabetes sering terdedah kepada masalah kesihatan manakala mereka yang menderita diabetes lebih teruk secara automatik berdepan banyak batasan dalam kerja dan gaya hidup dan seterusnya boleh menjejaska­n kebajikan umum serta keluarga mereka.

“Di Sarawak sahaja, lebih 130,000 kes direkodkan setakat April 2017, tetapi saya percaya ada lagi yang belum didiagnos.

“Diabetes tidak mengira usia dan jantina dan disebabkan oleh banyak faktor, dengan yang paling lazim adalah tabiat makan yang tidak sihat, kekurangan latihan fizikal dan merokok,” katanya.

Sementara itu, Presiden IAK Nadison Rathenum berkata, semalam menandakan kali kedua Nancy hadir menyempurn­akan acara tersebut.

“Setiap Deepavali, kita tidak melupakan golongan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, dengan menderma barangan dan wang tunai. Ini dijalankan dalam semangat 1Malaysia,” katanya.

Nancy turut mengumumka­n geran RM5,000 kepada IAK untuk aktiviti-aktivitiny­a tahun ini.

Turut hadir Penasihat IAK Anthony Ramanair, Penasihat Undang-Undang Raymond Noel dan presiden persatuan India tempatan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia