Utusan Borneo (Sarawak)

Roffina Indiah juara nyanyian solo pertanding­an ‘OKU’s Got Talent’

-

MIRI: Roffina Indiah daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK St Joseph dinobatkan juara Kategori Nyanyian Solo menerusi program OKU’s Got Talent yang telah berlangsun­g di Dewan Serba Guna Kompleks Baitulmal Miri di sini petang.

Tempat kedua kategori berkenaan dimenangi Jason Mraz Ngumbang daripada Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Morsjaya, diikuti Jason Lading Senchen (PDK Pusat Sunflower) di tempat ketiga.

Tempat keempat dan kelima masing-masing menjadi milik Yahya Jahawi (Persatuan Orang Kurang Upaya Miri) dan Christophe­r Alvin Juden (PDK Miri).

Bagi Kategori Tarian, tempat pertama disandang kumpulan Kustari St Joe daripada PPKI SMK St Joseph Miri, diikuti kumpulan Aankhen Khuli (PPKI SMK Luak) tempat kedua dan tempat ketiga berpihak kepada kumpulan Tarian Tradisiona­l (PDK Morsjaya).

Kumpulan PPKI SK Jalan Bintang ( PPKI SK Jalan Bintang) dan kumpulan Toca Toca (PDK Pusat Sunflower) masing- masing ditangga keempat dan kelima.

Manakala untuk Kategori Pakaian Beragam, tempat pertama dimenangi Noor Zaidah (PPKI SK South), diikuti dengan Alexcyius Angguk Nyauh dari PDK Miri tempat kedua dan Andrean Cheang Tzen Hwang daripada PPKI SK South tempat ketiga.

Tempat keempat dan kelima masing-masing menjadi milik Lai Jia Li (PDK Morsjaya) dan Adrian Siaw Ding Zheng (PDK Pusat Sunflower).

Bagi Anugerah Khas Ke terampilan dan Personalit­i Paling Menarik untuk Perempuan telah diberikan kepada Liza daripada PDK Batu Niah manakala untuk Lelaki diberikan kepada Andrean Cheang Tzen Hwang (PPKI SK South).

Ketiga-tiga kategori terbabit dipertandi­ngkan menerusi program ‘ OKU’s Got Talent’ Peringkat Bahagian Miri anjuran Unit Khidmat Sokongan Sosial dengan kerjasama Unit Kaunseling Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri.

Antara objektif penganjura­n program berkenaan ialah memberi peluang kepada warga OKU berbakat menonjolka­n potensi diri dan bakat yang ada serta men- ingkatkan daya keyakinan mereka.

Selain itu, ia bagi menggalakk­an warga OKU terlibat aktif dalam pelbagai aktiviti komuniti dan sebagai salah satu platform untuk mencungkil bakat mereka melalui acara pertanding­an.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Hadir sama ialah ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, Temenggung Elizabeth Deng, Pegawai Daerah Miri Abdul Aziz Yusuf, Ketua Cawangan Pembanguna­n OKU JKM Sarawak Armisy Basri, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri Sharifah Ranimah serta tetamu lain.

 ??  ?? TAHNIAH: Lee menyampaik­an hadiah kemenangan kepada Roffina yang menjadi juara Kategori Nyanyian Solo ‘OKU’s Got Talent’ sambil disaksikan (dari kiri) Elizabeth, Abdul Aziz, Dennis, Sebastian, Armisy dan Sharifah.
TAHNIAH: Lee menyampaik­an hadiah kemenangan kepada Roffina yang menjadi juara Kategori Nyanyian Solo ‘OKU’s Got Talent’ sambil disaksikan (dari kiri) Elizabeth, Abdul Aziz, Dennis, Sebastian, Armisy dan Sharifah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia