Utusan Borneo (Sarawak)

UPP, KHYO meraikan masyarakat India pada Majlis Deepavali Extravagan­za 2017

-

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) bersama Pertubuhan Belia Hindu Kuching (KHYO) meraikan masyarakat India di sini pada Majlis Deepavali Extravagan­za 2017 di Plaza Merdeka semalam.

Setiausaha Agung UPP George Lo berkata, majlis itu bagi meraikan masyarakat India di Kuching sempena sambutan perayaan Deepavali yang dirai pada 18 Oktober ini.

“Meskipun kita berbeza bangsa dan agama tetapi kita tetap bersatu hati dalam bersama- sama masyarakat India meraikan sambutan perayaan Hari Deepavali pada tahun ini.

“Keharmonia­n hidup bermasyara­kat yang berbilang kaum dan agama yang ada pada rakyat Sarawak khasnya dan Malaysia amnya harus dijaga sebaik-baiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Deepavali Extravagan­za 2017 di Plaza Merdeka di sini semalam.

Pada masa sama George menggesa rakyat negeri ini menolak pihak tidak bertanggun­gjawab yang cuba menghasut dan memecahbel­ahkan keharmonia­n dan perpaduan yang ada dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di sini.

“Kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, Gawai Dayak, Tahun Baharu Cina dan Deepavali, semua perayaan ini untuk kita raikan bersama tanpa ada perbezaan.

“Justeru, saya berharap rakan-rakan lain di Malaysia mengetepik­an perbezaan ini untuk kita memelihara ke- harmonian dalam kalangan kita,” ujarnya.

Terdahulu, Penasihat KHYO Govinda Nair berkata, Deepavali Extravagan­za merupakan acara tahunan yang dianjurkan dengan sokongan padu daripaada UPP.

“Ini adalah kali kedua kami anjurkan bersama UPP dan untuk itu kami mengucapka­n ribuan terima kasih atas sokongan padu UPP dalam menjayakan majlis ini,” tambahnya.

Hadir sama pada majlis itu, pengerusi penganjur Kannan Muniadi, Penasihat KHYO Sahundarar­aju dan tetamu kehormat lain.

Pada majlis itu, George turut menyampaik­an sumbangan kepada 13 keluarga kurang mampu yang terdiri daripada masyarakat India dari sekitar Kuching.

 ??  ?? SELAMAT DEEPAVALI: George (tengah) ditemani Govinda dan Kannan merakam kenangan bersama penerima bantuan.
SELAMAT DEEPAVALI: George (tengah) ditemani Govinda dan Kannan merakam kenangan bersama penerima bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia