Utusan Borneo (Sarawak)

Berusahala­h, jangan bergantung sepenuhnya kepada bantuan

Golongan asnaf sihat tubuh dan berkemampu­an bekerja perlu berusaha membantu diri sendiri dan keluarga, kata Marini

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Tabung Baitulmal Sarawak ( TBS) mengingatk­an penerima bantuan sara hidup agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bantuan itu sebaliknya berusaha meningkatk­an pendapatan keluarga.

Ketua TBS Miri Marini Juraibi berkata golongan asnaf sihat tubuh dan berkemampu­an bekerja perlu berusaha membantu diri sendiri dan keluarga.

“Kami menyalurka­n bantuan berbentuk keperluan asas makanan kepada asnaf selama tiga bulan, selepas itu kami akan memantau sama ada bantuan ini perlu diteruskan atau sebaliknya,” katanya.

Marini berkata demikian semasa taklimat Program Ziarah Asnaf anjuran bersama Tabung Baitulmal Sarawak ( TBS) dan Jabatan Penerangan Miri (JPM) di sini semalam.

Marini berkata ia bagi memastikan penerima bantuan berusaha sendiri untuk bekerja bagi menampung keperluan makanan di rumah

Kami menyalurka­n bantuan berbentuk keperluan asas makanan kepada asnaf selama tiga bulan, selepas itu kami akan memantau sama ada bantuan ini perlu diteruskan atau sebaliknya. Marini Juraibi Ketua TBS Miri

dan tidak bergantung kepada bantuan.

Sejumlah empat keluarga yang dikategori sebagai asnaf miskin mendapat bantuan sara hidup menerusi program terbabit.

Mengulas lanjut, Marini berkata program berkenaan bertujuan mendedahka­n kepada pembayar zakat tentang penyaluran wang zakat diagi- hkan kepada golongan asnaf.

“Sejumlah 77 penerima bantuan sara hidup di Miri dan masyarakat boleh menyalurka­n maklumat kepada TBS Miri sekiranya terdapat golongan asnaf yang memerlukan bantuan,” katanya.

Menurutnya, menerusi program ini pembayar zakat juga tahu bahawa 2.5 peratus daripada wang zakat ini dikongsika­n dengan asnaf, fakir miskin dan yang selayaknya.

“Amat rugi bagi mereka yang berkemampu­an tetapi tidak membayar zakat pendapatan, kerana 2.5 peratus zakat adalah hak asnaf dan mereka mendoakan rezeki kita yang menderma,” katanya.

Empat keluarga menerima bantuan sara hidup semalam ialah Nurzahrina Ummie Abdullah, Mohd Alwy Husly, Abdul Malik Abdullah dan Rasiah Abdullah.

Turut hadir Pegawai Jabatan Penerangan Miri Wahid Mohamad, pegawai-pegawai TBS Miri serta Jabatan Penerangan Miri.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Raduan (tengah) menyerahka­n buku kepada wakil SMK Semop, baru-baru ini.
TERIMA KASIH: Raduan (tengah) menyerahka­n buku kepada wakil SMK Semop, baru-baru ini.
 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Wahid (dua kiri) dan Marini (lima kanan) menyampaik­an bantuan sara hidup kepada Zahrina (tiga kiri) pada Program Ziarah Asnaf semalam.
RINGANKAN BEBAN: Wahid (dua kiri) dan Marini (lima kanan) menyampaik­an bantuan sara hidup kepada Zahrina (tiga kiri) pada Program Ziarah Asnaf semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia