Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Semop terima bahan bacaan sumbangan DBP

-

SIBU: Sebanyak lima kotak mengandung­i pelbagai jenis bahan bacaan telah disumbangk­an kepada Perpustaka­an Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semop, baru-baru ini.

Majlis penyerahan kepada pihak sekolah telah dilakukan oleh Setiausaha Agung Persatuan Graduan Pulau Bruit (PGPB) Raduan Serap.

Menurut Raduan, bahan bacaan terdiri daripada buku fiksyen, jurnal, majalah, risalah dan lain-lain adalah diperolehi daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Buku ini boleh dimanfaatk­an oleh para pelajar sebagai bahan rujukan mereka untuk belajar. Oleh itu, kita merakam penghargaa­n kepada pihak DBP kerana sudi menderma bahan bacaan ini kepada sekolah yang memerlukan,” katanya.

Raduan menambah, semasa majlis ringkas penyerahan buku berkenaan, pelajar SMK Semop kelihatan gembira dan teruja dengan pelbagai jenis bahan bacaan yang mereka terima.

“Pelajar kelihatan benar-benar teruja dengan semua buku yang mereka terima,” ujarnya. MIRI: Cabaran Curtin Croc 2.0 antara pertanding­an menarik pada Hari Terbuka Curtin Universitu Malaysia (Curtin) pada 14 Oktober ini.

Sebanyak 26 pasukan terdiri daripada pelajar dan orang awam disahkan mengambil bahagian dalam pertanding­an ini.

Aktiviti disertai pelajar tingkatan tiga hingga enam sementara kategori terbuka mendapat penyertaan pelajar institusi pengajian tinggi dan golongan bekerja.

Hadiah wang tunai RM5,500 ditawarkan kepada enam pasukan terbaik kategori sekolah dan tiga pasukan terbaik kategori terbuka.

Cabaran Curtin Croc merupakan pertanding­an rekaan sistem elektronik amaran awal buaya yang telah dianjurkan selama dua tahun.

Ia dianjurkan oleh Fakulti Kejurutera­an dan Sains Curtin, Pejabat Pembanguna­n dan Penyelidik­an Curtin serta Institut Kejurutera­an Malaysia (IEM) Cawangan Miri.

Sekolah yang terlibat ialah SMK Chung Hua Miri, SMK Riam Miri, SMK Dato Permaisuri, SMK Merbau, SMK Pujut, SMK St. Columba, SMK Lutong, SM Sains Miri, SMK Taman Tunku dan PACTS Education.

Kategori terbuka disertai pasukan Secreed SMK Riam, The Croc Trappers (SMK Riam), Bing Bong, The Frix (SMK Riam), Elektronik PPKS Miri, Danger No More dan Risks.

Penyokong pasukan dan pengunjung boleh menyaksika­n pertanding­an di kompleks auditorium dan perpustaka­an Curtin bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

 ??  ?? UNTUK YANG MEMERLUKAN: Dua penduduk setempat yang menyertai Kempen Derma Darah sambil merakam kenangan bersama ahli jawatankua­sa pengelola yang terdiri daripada ahli MDSA semasa berlangsun­gnya program berkenaan semalam.
UNTUK YANG MEMERLUKAN: Dua penduduk setempat yang menyertai Kempen Derma Darah sambil merakam kenangan bersama ahli jawatankua­sa pengelola yang terdiri daripada ahli MDSA semasa berlangsun­gnya program berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia