Utusan Borneo (Sarawak)

PST, JKKK Piasau Jaya Fasa Tiga bersih gelanggang terbiar

-

MIRI: Gelanggang sukan terletak berhampira­n Taman Bulatan Piasau telah dibersihka­n daripada tumbuhan liar dalam aktiviti gotong-royong semalam.

Terbiar begitu sahaja, gelanggang disembunyi­kan daripada pandangan umum oleh pelbagai jenis tumbuhan liar menjalar tumbuh menutupi sekeliling pagarnya.

Ia merupakan bekas pusat sukan utama penduduk khasnya golongan belia di kawasan berhampira­n untuk sukan futsal dan bola keranjang.

Aktiviti dianjurkan bersama Persatuan Sepak Takraw Miri (PST) dan Jawatankua­sa Kemajuanda­nKeselamat­anKampung (JKKK) Piasau Jaya Fasa Tiga disertai 50 ahli dan penduduk.

Kerja pembersiha­n gelanggang itu juga untuk mengelakka­nnya daripada menjadi habitat pembiakan nyamuk.

Hadir sama membantu dalam aktiviti bermula jam 8 pagi itu ialah ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting.

Beliau turut menebas lalang serta memotong dahan-dahan kayu di dalam gelanggang.

Ting memberitah­u, gelanggang itu antara tujuh gelanggang dan padang futsal dibangun pada 2006 untuk keperluan riadah dan sukan penduduk.

“Gelanggang ini telah lama tidak digunakan atau diselengga­ra,” jelas Pengerusi JKKK Ketua Kaum Abdul Rahman Adon.

Daripada terus terbiar, beliau mencadangk­an agar gelanggang diuruskan oleh PST sebagai pusat aktiviti utama mereka.

Turut hadir Timbalan Pengerusi PST Abdul Hamid Sulaiman.

 ??  ?? TURUT SERTA: Sebastian yang turut hadir membantu membersihk­an gelanggang sukan dalam gotong-royong semalam.
TURUT SERTA: Sebastian yang turut hadir membantu membersihk­an gelanggang sukan dalam gotong-royong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia