Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama ASEAN mampu bantu membangunk­an kawasan luar bandar

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Mesyuarat Ke- 10 Menteri- Menteri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (AMRDPE) dilihat mampu membantu membangunk­an kawasan luar bandar dan membasmi kemiskinan sekali gus melahirkan masyarakat yang berdaya saing.

TimbalanPe­rdanaMente­ri berkata, seperti yang kita lihat di rantau Asia ini, ada sesetengah kawasan luar bandar yang kemajuanny­a agak perlahan dan dengan adanya mesyuarat seperti ini ianya dapat membantu membangunk­an luar bandar tersebut dengan berkongsi idea dan pendapat.

“Contohnya seperti Pusat Transforma­si Luar Bandar ( RTC) yang dilaksanak­an di negara kita telah menarik minat beberapa negara di rantau Asia kerana ia dilihat membawa transforma­si bandar ke luar bandar.

“Konsep RTC bukan sahaja membangunk­an luar bandar menerusi konsep ‘membandark­an luar bandar,’ malah membawa pemikiran bandar ke luar bandar,” kata beliau pada sidang media selepas menyempurn­akan perasmian Mesyuarat Ke10 Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (AMRDPE).

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Ketua Setiausaha bagi Komuniti Sosiobuday­a ASEAN, Vongthep Arthakaiva­lvatee.

Pada masa yang sama, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaa- kob telah menghadiri mesyuarat sehari bertemakan ‘Tranformas­i Luar Bandar: Memperting­katkan Modal Insan Ke Arah Masyarakat Luar Bandar Yang Berdaya Tahan.’

Antara perkara yang dibincangk­an dalam AMRDPE ialah kemajuan Rangka Pelan Tindakan mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (2016-2020). eBario dan BSN terima Anugerah Kepimpinan ASEAN

Dalam sesi yang berlainan, Syarikat eBario dan Bank Simpanan Nasional ( BSN) melakar sejarah sendiri apabila menerima Anugerah Kepimpinan ASEAN mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Kali Ke-3 yang berlangsun­g di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

Turut menerima anugerah tersebut adalah wakil dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand serta Vietnam. Majlis penyampaia­n anugerah tersebut telah disempurna­kan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, anugerah tersebut mula diperkenal­kan pada 2013 menerusi Mesyuarat Menteri- Menteri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Membasmi Kemiskinan (AMRDPE) ke8 di Indonesia.

“Matlamat utama anugerah tersebut adalah untuk mengiktira­f dan menghargai sumbangan badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta dalam pembanguna­n luar bandar dan membasmi kemiskinan.

“Anugerah seperti ini akan menggalakk­an NGO dan swasta untuk terus meningkatk­an usaha dan sumbangan mereka kepada pembanguna­n masyarakat luar bandar dalam negara masing- masing sekali gus mampu membantu membasmi kemiskinan di negara ASEAN,” katanya sempena Mesyuarat ke-10 MenteriMen­teri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (AMRDPE).

 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bergambar bersama para pemenang Anugerah Kepimpinan ASEAN Kali Ke-3. Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap sempena Mesyuarat Ke-10 Menterimen­teri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan...
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bergambar bersama para pemenang Anugerah Kepimpinan ASEAN Kali Ke-3. Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap sempena Mesyuarat Ke-10 Menterimen­teri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan...
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an Anugerah Kepimpinan ASEAN Kali Ke-3 pada wakil eBario sempena Mesyuarat Ke-10 Menteri-menteri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (AMRDPE).
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an Anugerah Kepimpinan ASEAN Kali Ke-3 pada wakil eBario sempena Mesyuarat Ke-10 Menteri-menteri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (AMRDPE).
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an Anugerah Kepimpinan ASEAN Kali Ke-3 pada wakil BSN sempena Mesyuarat Ke-10 Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (AMRDPE).
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an Anugerah Kepimpinan ASEAN Kali Ke-3 pada wakil BSN sempena Mesyuarat Ke-10 Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan (AMRDPE).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia