Utusan Borneo (Sarawak)

Penangkapa­n lapan individu cetus kegelisaha­n sosial: TPM

Mahu beri gambaran M’sia tidak amalkan kebebasan agama

-

BAGAN DATUK: Penangkapa­n lapan individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas dibuat berikutan terdapat unsur yang mahu mencetuska­n kegelisaha­n sosial dalam kalangan rakyat pelbagai kaum agama di negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata penangkapa­n itu bertujuan menyekat kegiatan kumpulan terbabit yang mahu memberi gambaran bahawa Malaysia tidak mengamalka­n kebebasan beragama.

Terdapat kumpulan yang mahu memporakpe­randakan keharmonia­n beragama di negara kita dengan mahu membakar dan merosakkan rumah ibadat sama ada masjid, tokong, kuil dan gereja. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

Katanya penangkapa­n yang dilakukan oleh pasukan anti keganasan cawangan khas A8 Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan susulan oleh pihak polis bagi membantera­s elemen keganasan di negara ini.

“Terdapat kumpulan yang mahu memporak-perandakan keharmonia­n beragama di negara kita dengan mahu membakar dan merosakkan rumah ibadat sama ada masjid, tokong, kuil dan gereja.

“Tujuan mereka adalah untuk memberikan gambaran bahawa Malaysia sebuah negara yang tidak mengamalka­n kebebasan beragama dan isu ini harus ditangani oleh pihak PDRM kerana kita mahu mengekalka­n kedudukan keharmonia­n beragama di negara ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n sumbangan Deepavali 2017 kepada lebih 800 penerima bagi kawasan Parlimen Bagan Datuk di sini, semalam.

Beliau mengulas kejayaan PDRM menggagalk­an cubaan merekrut banduan di Penjara Tapah untuk menjadi militan, selepas menahan dua bekas tahanan penjara itu.

Kelmarin, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lapan lelaki ditahan di Selangor, Sabah dan Perak kerana disyaki terbabit aktiviti keganasan di negara ini selain dipercayai merekrut banduan untuk melancarka­n serangan ke atas rumah ibadat orang Islam, Kristian dan Hindu bagi mencetuska­n konflik antara kaum.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata ketika ini maklumat kegiatan berhubung elemen itu hanya dikesan di Penjara Tapah.

“Perkara ini telah dapat diatasi dengan mengasingk­an banduan-banduan yang terbabit dalam kegiatan keganasan ke sel-sel yang berlainan supaya deradikali­sasi dapat dilakukan seterusnya mengelak mereka mempengaru­hi banduan atau pegawai penjara,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri memberi jaminan bahawa kem tahanan di Kamunting, Perak adalah kem pemulihan dan mana-mana pengganas yang didapati terlalu berbahaya akan ditempatka­n di penjara lain.

“Saya telah menerima nota bantahan daripada anggota Parlimen Taiping (Nga Kor Ming) yang gusar dan khuatir jika berlaku sesuatu yang tidak baik di kem tahanan berkenaan,” katanya.

Tambah Ahmad Zahid program deradikali­sasi yang dilaksanak­an Kementeria­n Dalam Negeri ke atas 15,000 tahanan di negara ini sejak 1948 telah berjaya memulihkan 97.5 peratus golongan itu setakat ini.

Terdahulu, dalam ucapannya Ahmad Zahid memaklumka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumka­n berita gembira buat masyarakat kaum India dalam pembentang­an Bajet 2018, akhir bulan ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat India supaya memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membolehka­n pelan tindakan kaum India dalam 10 tahun akan datang dapat dilaksanak­an. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENGUJAKAN: Zahid tiba dengan menunggang motosikal Polis Trafik semasa hadir pada Majlis Pelancaran Jalinan Rakyat Plus (JRPlus) Bagan Datuk di Dewan Datuk Mohamed Jamrah Batu 17 Sungai Sumun semalam.
— Gambar Bernama MENGUJAKAN: Zahid tiba dengan menunggang motosikal Polis Trafik semasa hadir pada Majlis Pelancaran Jalinan Rakyat Plus (JRPlus) Bagan Datuk di Dewan Datuk Mohamed Jamrah Batu 17 Sungai Sumun semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia