Utusan Borneo (Sarawak)

Harga serendah RM5 faktor pelajar terlibat dadah psikotropi­k

-

JOHOR BAHRU: Harga serendah RM5 menjadi antara faktor mengapa semakin ramai pelajar sekolah dan universiti di negara ini terlibat dengan dadah psikotropi­k ( sub: psychotrop­ic drug) berbanding dadah tradisiona­l seperti heroin dan kokain.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata trend itu berlaku disebabkan dadah jenis kokain, heroin dan ganja dijual dengan mahal dan tidak mampu dimiliki oleh pelajar.

Oleh itu, sebagai alternatif, mereka memilih dadah psikotropi­k yang boleh didapati dengan harga serendah RM5 sebiji.

Menurutnya, dadah psikotropi­k yang merupakan dadah moden jenis Amphetamin­e Type Stimulant (ATS) dan New Psychoacti­ve Substances (NPS) terdiri daripada Ekstasi, Amphetamin dan lain-lain berupaya mengu- bah fungsi otak sehingga mengakibat­kan perubahan dalam mood, kesedaran atau tingkah laku.

Katanya, seseorang yang ketagih dadah ini juga sukar dirawat berbanding dadah tradisiona­l.

“Biasanya dadah ATS digunakan oleh pelajar sekolah menengah dan penuntut universiti untuk menghadapi peperiksaa­n sebab mereka tidak membuat persediaan awal. Jadi, mereka mengambiln­ya supaya dapat bertahan ketika mengulang kaji pada saat-saat akhir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Tahunan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjun­g Malaysia Kali ke- 43 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Persada di sini semalam.

Nur Jazlan berkata berdasarka­n data pada 2015, seramai 1, 475 pelajar sekolah didapati terlibat dengan pengambila­n dadah dan daripada jumlah itu, 73 peratus berkaitan ATS, 19.2 peratus berkaitan dadah jenis kanabis manakala lapan peratus lagi lain-lain dadah.

Justeru, Kementeria­n Dalam Negeri sedang berusaha untuk mengatur aktiviti dengan pelbagai pihak antaranya Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam usaha untuk mengenal pasti kawasan-kawasan panas bagi penagihan dadah di seluruh negara.

“Pada masa ini, kawasan tumpuan penagih adalah di kawasan nelayan seperti di Kedah, Perlis dan Kelantan. Tumpuan juga dilakukan di kawasan pangsapuri kos rendah di seluruh negara khasnya Lembah Klang serta kawasan FELDA terutama di Pahang,” kata beliau yang juga Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR: Nur Jazlan (dua kiri) bersalaman dengan hadirin sebiak tiba pada Persidanga­n Perwakilan Tahunan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjun­g Malaysia Ke-43 di Persada Johor, Johor semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR: Nur Jazlan (dua kiri) bersalaman dengan hadirin sebiak tiba pada Persidanga­n Perwakilan Tahunan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjun­g Malaysia Ke-43 di Persada Johor, Johor semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia