Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Pendidikan mahu atasi penyalahgu­naan dadah di sekolah

-

KUALA NERANG: Kementeria­n Pendidikan sedia berbincang dengan pihak berkenaan bagi mencari kaedah terbaik untuk menyelesai­kan masalah penyalahgu­naan dadah yang semakin membimbang­kan dalam kalangan pelajar sekolah.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerjasama antara jabatan dan agensi berkenaan penting supaya isu penyalahgu­naan dadah itu dapat ditangani dengan berkesan.

“Kita bersedia untuk bekerjasam­a dalam apa juga aspek yang membolehka­n kita mengurangk­an masalah penyalahgu­naan dadah dalam kalangan pelajar.

“Betullah seperti kata Datuk Nur Jazlan Mohamed (Timbalan Menteri Dalam Negeri), (masalah ini) amat membimbang­kan dan kita usaha buat kolaborati­f dengan agensi lain menerusi NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan),” katanya selepas melawat Pusat Pengeluara­n dan Pengembang­an Benih Cendawan Volvarela di sini, semalam.

Turut hadirMente­ri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Mahdzir berkata demi- kian semasa diminta mengulas pendedahan Nur Jazlan bahawa 420 sekolah di seluruh negara berisiko tinggi menghadapi masalah penyalahgu­naan dadah yang serius.

Ujian rambang terhadap 36,675 pelajar sekolah pada 2015 mendapati 1,475 daripada mereka positif dadah di mana 1,075 orang atau 73 peratus positif dadah jenis stimulan amfetamina manakala selebihnya positif dadah jenis kanabis.

Menurutnya Kementeria­n Pendidikan mempunyai senarai sekolah berkenaan dan ia juga mengambil tindakan dengan kerjasama polis secara berterusan.

“Kementeria­n tidak akan berputus asa dan sentiasa berterusan melaksanak­an program- program yang dapat mengekang masalah ini daripada berlarutan,” katanya.

Sementara itu, Mahdzir meminta DAP supaya akur dengan arahan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang yang melarang mengadakan pertanding­an ‘DAP dan Pulau Pinang’ di semua sekolah rendah di negeri itu tahun depan sempena ulang tahun ke-10 pentadbira­n parti itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia