Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa terlibat kes dera mungkin diwajibkan hadir sesi kaunseling

-

KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang terlibat dengan kes penderaan kanak-kanak mungkin diwajibkan menjalani sesi kaunseling dan kursus keibubapaa­n selepas mereka menjalani hukuman mahkamah sekiranya disabit kesalahan.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata langkah itu bertujuan memastikan kes penderaan kanak-kanak tidak berulang dan menjadi pengajaran kepada ibu bapa.

“Kes-kes sebegini menguatkan tekad saya untuk turun padang mengadakan ceramah dan saya nak mewajibkan kursus kepada ibu bapa.

“Dalam perkara seperti ini, apabila disabitkan akan dikenakan hukuman yang biasa, hukum dan denda… selepas itu mereka perlu mengikuti kursus keibubap- aan dan kaunseling,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Larian Amal Pink Wig-A-Thon 2017 anjuran Pink Ribbon Wellness Foundation di Taman Botani Perdana, di sini semalam.

Rohani merujuk kepada kes penderaan seorang kanakkanak berusia 10 tahun yang dirantai pada tong gas di sebuah rumah di Bandar Indera Mahkota, Kuantan yang dilaporkan media barubaru ini.

Susulan kes itu, seorang anggota tentera berusia 32 tahun dan isterinya berusia 37 tahun yang merupakan ibu kandung mangsa, ditahan reman selama enam hari bermula 6 Okt.

Sementara itu, Rohani berkata kanser payudara masih menjadi pembunuh nombor satu dalam kalangan wanita.

“Jadi program larian amal ini bertujuan memberi kesedaran mengenai penyakit itu dan kepentinga­n membuat saringan awal bersempena Oktober sebagai bulan kesedaran kanser payudara,” katanya.

Program dwitahunan kali kedua itu disertai kira-kira 2,500 orang yang memakai rambut palsu berwarna merah jambu sebagai tanda sokongan terhadap penghidap kanser payudara. — Bernama

 ??  ?? ROHANI
ROHANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia