Utusan Borneo (Sarawak)

Pengikrar penderma organ dalam kalangan belia masih rendah

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kesihatan menggesa lebih ramai golongan muda tampil menjadi pengikrar penderma organ bersempena kempen Minggu Kesedaran Pendermaan Organ yang sedang berlangsun­g.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ketika ini seramai 397,476 orang atau 1.2 peratus daripada penduduk di negara ini mendaftar sebagai pengikrar dengan 22.2 peratus adalah mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan 10.1 peratus kelompok 18 tahun ke atas.

“Walaupun ada yang mengikrar tetapi tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat, terutamany­a generasi muda, masih rendah sedangkan dalam proses ini, ikrar daripada penderma dalam golongan itu amat diperlukan atas sebab-sebab tertentu.

“Kita tidak faham kenapa ada orang muda memilih tidak tampil ke depan untuk menderma. Mungkin ada yang bimbang atau belum faham sepenuhnya prosedur pengambila­n organ selepas mengikrar sebagai penderma,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau sebelum itu melepaskan peserta ‘Let’s save Lives’ bersempena pelancaran sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ peringkat kebangsaan yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ Tan Sri Lee Lam Thye.

Sementara itu, Lee berkata dalam usaha meningkatk­an pengikrar, jawatankua­sa berkenaan dan beberapa badan bukan kerajaan mengambil beberapa pendekatan termasuk mengadakan kempen jalanan di setiap negeri.

Kempen itu mendapat respons yang memberangs­angkan daripada masyarakat yang mula memahami isu-isu berkaitan pendermaan organ, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia