Utusan Borneo (Sarawak)

Pelancong tertarik dengan pesta, budaya pelbagai kaum di Kuching

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Dua pelancong Eropah, Sanaa dan Sarah tertarik dengan pesta serta budaya pelbagai kaum di sini selain berasa teruja untuk melawati tempattemp­at menarik di sekitar bandar raya ini.

Mereka yang berasal dari Sweden kelmarin, sedang berjalan pada waktu petang dan tiba di hadapan pusat beli- belah Sarawak Plaza, tempat rombongan perarakan ‘Lantern of Unity 2017’ sekitar 3,000 orang berada di situ.

Sanaa yang baharu kali pertama datang ke Sarawak, sering disapa oleh pengunjung tempatan yang banyak berkongsi dengannya akan lokasi-lokasi menarik yang terdapat di sini.

Walaupun kali pertama membawa tanglung dan tidak tahu bagaimana untuk menyalakan­nya, dia dan rakannya mendapat bantuan daripada para pengunjung Sarawak yang amat mesra.

Pada masa yang sama, sekitar kawasan Sarawak Plaza hingar- bingar dan pengedaran tanglung percuma telah dilakukan di Tun Jugah, UTC Sarawak dan Riverside Majestic Shopping Complex.

Perarakan sejauh satu kilometer itu diketuai tetamu jemputan Setiausaha Politik Ketua Menteri Tan Kai dan dikawal rapi pasukan PDRM dan RELA..

Perarakan tersebut merupakan anjuran Sara Urusharta Sdn Bhd dengan kerjasama Tun Jugah Management Corporatio­n dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebagai rakan kongsi.

Para pengunjung kemudianny­a turut diberi minuman percuma Milo, Nescafe dan bijirin Nestle sambil menantikan acara cabutan bertuah dilakukan di belakang Hotel Grand Margherita sambil dihiburkan kumpulan Gerontix Harmonix.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGALAMAN PERTAMA: Sarah (kiri), Sanaa bergambar kenangan di hadapan pusat beli-belah itu kelmarin.
PENGALAMAN PERTAMA: Sarah (kiri), Sanaa bergambar kenangan di hadapan pusat beli-belah itu kelmarin.
 ??  ?? MENARIK: Persembaha­n daripada kalangan kanak-kanak.
MENARIK: Persembaha­n daripada kalangan kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia