Utusan Borneo (Sarawak)

Kematian empat beranak: Isteri mati ditekan di leher

Suami berdepan masalah kewangan, biayai rawatan isteri

-

JOHOR BAHRU: Hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa wanita berkaitan kejadian kematian empat beranak di rumah mereka di Jalan Utama 41, Rini Residence, Mutiara Rini, di sini, mendapati wanita itu mati akibat tekanan pada leher.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata hasil bedah siasat yang dikeluarka­n kelmarin turut mengesahka­n suami wanita itu meninggal dunia disebabkan menggantun­g diri menggunaka­n kain.

“Hasil bedah siasat terhadap isteri, P. Jeya, 46, mendapati terdapat kesan kecederaan yang tidak jelas pada kulit leher yang mana terdapat bintik-bintik merah pada tisu otot leher, bibir dan mata yang boleh berlaku disebabkan oleh tekanan objek lembut seperti bantal atau kain yang signifikan yang ditekan pada mangsa,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini semalam.

Noor Hashim berkata, anak lelaki dan anak perempuan pasangan itu juga didapati mempunyai kesan jerut pada leher yang konsisten dengan barang kes dijumpai iaitu tali pinggang kecil yang dipercayai digunakan untuk menjerut mereka.

Beliau berkata polis masih mengumpul maklumat mengenai kejadian, namun, sehingga kini mendapati tiada individu lain disyaki terlibat dalam kes itu.

Katanya, siasatan turut mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk ke dalam rumah keluarga berkenaan.

“Hasil laporan orang ramai mendapati si suami R. Pubalan, 52, yang merupakan pemborong kecil minuman keras mempunyai masalah berkaitan perniagaan­nya yang tidak berjalan lancar dan banyak mengeluark­an belanja untuk membiayai rawatan penyakit isterinya, sejak kirakira empat tahun.

“Siasatan juga menemukan

Siasatan juga menemukan beberapa nota yang menunjukka­n si mati (suami) membunuh diri tetapi kita tetap akan terus mengumpulk­an maklumat dan akan menyiapkan laporan mengenai kes ini sebelum dihantar kepada koroner. ACP Noor Hashim Mohamad Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri

beberapa nota yang menunjukka­n si mati (suami) membunuh diri tetapi kita tetap akan terus mengumpulk­an maklumat dan akan menyiapkan laporan mengenai kes ini sebelum dihantar kepada koroner,” tambahnya.

Dalam kejadian Jumaat lepas, pasangan suami isteri bersama dua anak mereka itu ditemukan mati di rumah mereka pada jam 2.30 petang.

Pubalan, ditemukan mati tergantung dengan menggunaka­n kain putih di siling sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan manakala Jeya yang difahamkan sakit dan menjalani rawatan hemodialis­is ditemukan di atas katil berhampira­n ruang tamu di tingkat bawah rumah.

Anak lelaki mereka P. Sharveen, 14, dan anak perempuan, P. Krishna, 9, dijumpai dengan kesan jerutan di leher di dalam sebuah bilik lain. Mayat sekeluarga itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Noor Hashim (tengah) menunjukka­n dua kenderaan jenis Honda Accord dan Proton Wira yang dirampas di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Iskandar Puteri dekat Iskandar Puteri, semalam berikutan penahanan empat suspek berusia 22 dan 40 tahun yang...
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Noor Hashim (tengah) menunjukka­n dua kenderaan jenis Honda Accord dan Proton Wira yang dirampas di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Iskandar Puteri dekat Iskandar Puteri, semalam berikutan penahanan empat suspek berusia 22 dan 40 tahun yang...
 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Che Ghazali (kanan) menyampaik­an sijil Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang kepada L/Kpl Syahrir Abdullah semasa Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di Langkawi, semalam. Turut dihadir Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi DSP...
— Gambar Bernama TAHNIAH: Che Ghazali (kanan) menyampaik­an sijil Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang kepada L/Kpl Syahrir Abdullah semasa Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di Langkawi, semalam. Turut dihadir Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi DSP...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia