Utusan Borneo (Sarawak)

Buat maksiat di pulau, 23 ditahan

-

KUALA TERENGGANU: Pasangan muda didapati menjadikan pulau-pulau di negeri ini untuk melakukan maksiat.

Dalam serbuan di Pulau Redang pada Jumaat malam hingga pagi Sabtu lalu, turut didapati seorang wanita sanggup berada bersama tiga orang lelaki di dalam sebuah bilik.

Serbuan itu yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bersama Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia (APMM) telah menahan 23 orang individu, 13 orang daripadany­a lelaki dan selebihnya wanita yang kesemuanya berusia antara 20 hingga 39 tahun.

Pihak media yang turut mengikuti operasi tersebut mendapati mereka mendakwa mereka merupakan pasangan yang sedang bertunang dan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi selain ada yang mendakwa mereka merupakan adik- beradik, namun menukar pengakuan apabila kad pengenalan mereka diperiksa.

Daripada jumlah yang ditahan itu, seramai 21 orang bakal didakwa di bawah Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah ( Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat dan dua orang lagi di bawah Seksyen 34 enakmen yang sama kerana berkelakua­n kurang sopan di tempat awam.

Mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau keduaduany­a sekali.

Pesuruhjay­a Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim memberitah­u Bernama JHEAT akan sentiasa melakukan pemantauan aktiviti yang bercanggah dengan ajaran Islam di pulau-pulau di Terengganu dari semasa ke semasa.

“Jangan cuba jadikan pulau- pulau di Terengganu sebagai lokasi untuk golongan muda melakukan maksiat bagi mengelakka­n diri daripada dicekup oleh pihak berkuasa. Tindakan sedemikian hanya akan memburukka­n imej pulau di Terengganu,” katanya.

Beliau turut menyeru supaya ibu bapa mengawasi dan memberi perhatian kepada pergerakan anakanak mereka agar tidak sewenang-wenangnya pergi ke pulau- pulau bersamasam­a rakan yang bukan muhrim yang mampu mendorong berlakunya perkara menyalahi undang- undang Syariah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia