Utusan Borneo (Sarawak)

Hasrat DAP tidak gugat usaha BN rampas Kelantan

Peluang BN cerah jika berlaku pertanding­an tiga penjuru

-

MACHANG: Hasrat DAP untuk turut bertanding di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak akan memberi impak kepada usaha Barisan Nasional (BN) menamatkan penguasaan 27 tahun kerajaan PAS di negeri tersebut.

Timbalan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata parti pembangkan­g itu berhak untuk bertanding di manamana sahaja tanpa halangan termasuk di Kelantan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu kerana ia dibenarkan oleh sistem demokrasi berparlime­n.

“Dalam konteks negeri Kelantan kita tetap melakukan usaha untuk meraih keyakinan rakyat pelbagai kaum agar memberi sokongan kepada BN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis wacana kelestaria­n keselamata­n dan keharmonia­n negara di Pusat

Dalam konteks negeri Kelantan kita tetap melakukan usaha untuk meraih keyakinan rakyat pelbagai kaum agar memberi sokongan kepada BN.

Transforma­si Ilmu Bukit Tiu, di sini, semalam.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengesahka­n DAP memohon untuk bertanding di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada PRU14.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Ahmad Jazlan, yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, mahu warga pendidik terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada bagi menjamin kemakmuran dan keharmonia­n negara terus terpelihar­a.

Beliau berkata, mereka perlu sensitif dengan keadaan semasa dan memainkan peranan menjelaska­n isu-isu yang timbul untuk menangkis fitnah terhadap kerajaan.

“Sejak akhir-akhir ini sudah ada usaha-usaha untuk menjatuhka­n pemimpin kerajaan di luar kotak demokrasi dan mensabotaj ekonomi negara serta cuba melakukan kekerasan untuk menakutkan pelabur dan mencemarka­n imej negara di mata dunia,” katanya.

Sementara itu di GUA MUSANG, Tengku Razaleigh Hamzah yakin peluang BN untuk kembali memerintah negeri itu cerah jika berlaku pertanding­an tiga penjuru pada PRU14 akan datang.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata ini kerana rakyat semakin sedar kelemahan pemerintah­an kerajaan PAS sejak 1990 dalam membangunk­an negeri ini.

“Jika ada pertanding­an tiga penjuru, maka ia akan memberi pilihan terbaik kepada rakyat untuk memilih pemimpin dari parti mana yang mereka minat dan terbukti berjasa,” katanya ketika diminta mengulas peluang BN untuk kembali mentadbir Kelantan sekiranya berlaku pertanding­an tiga penjuru.

Beliau yang ditemui pemberita selepas merasmikan Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di sini, semalam, bagaimanap­un berpendapa­t kemungkina­n untuk UMNO dan PAS bekerjasam­a sukar direalisas­ikan kerana ia mungkin tidak boleh diterima penyokong bawahan. — Bernama

Datuk Ahmad Jazlan Yaakub Timbalan Pengerusi BN Kelantan

 ?? — Gambar Bernama ?? KAWASAN PARKIR: Baharuddin (kanan) menunjukka­n kawasan parkir motosikal kepada Noh Omar (dua kanan) pada Kempen Keselamata­n Kebakaran bersama Bomba di Pangsapuri Taman Seri Aman, Petaling Jaya, semalam.
— Gambar Bernama KAWASAN PARKIR: Baharuddin (kanan) menunjukka­n kawasan parkir motosikal kepada Noh Omar (dua kanan) pada Kempen Keselamata­n Kebakaran bersama Bomba di Pangsapuri Taman Seri Aman, Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia