Utusan Borneo (Sarawak)

Najib yakin IPF mampu main peranan memenangka­n BN

-

SERDANG: Datuk Seri Najib Tun Razak yakin parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) mampu memainkan peranan penting dalam menjamin kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata walaupun belum menjadi anggota parti komponen BN, IPF yang mewakili masyarakat India berpendapa­tan rendah telah menunjukka­n kesungguha­n dalam memperjuan­gkan dan mempertaha­nkan agenda kerajaan selama 27 tahun penubuhann­ya.

“Walaupun belum menjadi sebahagian komponen BN, ia tidak bermakna IPF tidak boleh beri kerjasama pada kerajaan dalam memperjuan­gkan masalah kaum India.

Sebab itu, kita amat hargai sokongan dan kesetiaan IPF. Malah saya juga yakin dan percaya parti itu akan terus berjuang bagi menjamin kemenangan besar kepada BN,” kata Najib, yang juga Pengerusi BN, ketika berucap menutup Perhimpuna­n Agung IPF ke25 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) semalam.

Turut hadir Presiden IPF Senator Datuk M. Samban- than dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib berkata bagi pihak kerajaan, usaha membantu masyarakat India sentiasa dipertingk­at atas semangat ‘nambikei’ atau kepercayaa­n bahawa semua golongan masyarakat perlu dilayan secara adil dan inklusif.

Perdana Menteri berkata atas prinsip tidak bercakap kosong, pelbagai bantuan telah diumumkan kerajaan kepada masyarakat India, khususnya dalam perkara melibatkan pembanguna­n pendidikan dan ekonomi.

“Di bawah pentadbira­n saya, peruntukan sebanyak RM900 juta diberikan untuk pembanguna­n Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), RM1.2 bilion telah diluluskan kepada usahawan mikro kredit kaum India serta mengarahka­n 700 tempat tambahan pengajian di institusi pengajian tinggi awam disediakan kepada pelajar kaum itu.

“Jika dasar meritokras­i yang diperkenal sebelum zaman saya tidak dilonggark­an, yang akan menjadi mangsa adalah masyarakat India,” katanya.

Najib berkata jika beliau tidak membantu dengan berbuat sesuatu, penyertaan pelajar masyarakat India di Universiti Awam sekadar tiga atau empat peratus, bukan tujuh peratus seperti sekarang.

Perdana Menteri berkata ia merupakan komitmenny­a dalam membantu masyarakat kaum India, sekali gus memastikan mereka memahami bahawa kerajaan tidak ‘vetti pechu’ atau bercakap kosong, sebaliknya satu ‘nijam’, iaitu bercakap benar.

Untuk kesinambun­gan kemajuan kaum India, beliau meminta pimpinan IPF memainkan peranan lebih besar dengan membawa sebarang permasalah­an masyarakat itu untuk pertimbang­an dan penyelesai­an kerajaan.

Najib berkata beliau memahami masyarakat India memerlukan perhatian khusus kerajaan disebabkan cabaran tertentu yang dihadapi sebelum ini seperti transisi kehidupan sebagai komuniti estet kepada kehidupan di bandar dan pinggir bandar.

Katanya IPF juga boleh memainkan peranan dengan memberi input kepada Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia dan akan berusaha memastikan parti komponen BN yang berkenaan memberi pengiktira­fan sewajarnya terhadap peranan IPF.

“Mungkin saya tidak dapat tunaikan sepenuhnya permintaan IPF. Tetapi saya sedang berusaha untuk meyakinkan pihak lain supaya bekerjasam­a dengan IPF dalam soal pembanguna­n masyarakat India,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENUTUPAN MAJLIS: Najib bersama M. Sambanthan menyempurn­akan perasmian Penutup Perhimpuna­n Agung IPF Ke-25 di Dewan MAEPS, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PENUTUPAN MAJLIS: Najib bersama M. Sambanthan menyempurn­akan perasmian Penutup Perhimpuna­n Agung IPF Ke-25 di Dewan MAEPS, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia