Utusan Borneo (Sarawak)

MyPPP harus perhebat program bersama golongan elit

-

KUALA LUMPUR: MyPPP, selaku komponen Barisan Nasional (BN) harus bersama-sama memperheba­tkan program bertemu rakyat di kawasan Wilayah Persekutua­n khususnya ke kawasankaw­asan elit sekitar Kuala Lumpur, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutua­n, berkata golongan elit tidak seharusnya ‘ditakuti’ semata-mata mereka mempunyai taraf hidup lebih baik atau corak pemikiran lebih kritikal, sebaliknya faktor tersebut perlu dijadikan sandaran untuk MyPPP dan BN mendapatka­n input menyeluruh.

“Kenapa BN mempunyai pekerja takut masuk ke kawasan elit, dan berminat masuk kawasan PPR (Projek Perumahan Rakyat)? Kenapa tak masuk kawasan Taman Tun Dr Ismail, Bangsar, Damansara, ramai orang yang memiliki kemewahan dan berjaya... mereka juga mempunyai keperluan.

“Kita seharusnya boleh mengadakan sesi ‘town hall’ bersama mereka (golongan elit) untuk membincang­kan permasalah­an dan keperluan mereka, dapatkan idea?

“Kita nak masyarakat tahu parti kita (BN) bukan untuk orang miskin saja, tetapi untuk semua,” katanya sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan 2017 & Pelancaran Jentera PRU Ke14 MyPPP Wilayah Persekutua­n, di sini semalam.

Turut hadir Presiden MyPPP Tan Sri Dr M Kayveas, Naib Presiden Kanan parti Datuk Seri Maglin Dennis D Cruz, Naib Presiden Datuk Dr Loga Bala Mohan Jeganathan yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n, dan Naib Pengerusi MyPPP Wilayah Persekutua­n Datuk Zakaria Abdul Rahman.

Tengku Adnan berkata kebanyakan masalah sosial di bandar besar boleh dikenal pasti punca dan mampu ditangani dengan komprehens­if sekiranya jentera pilihan raya BN, termasuk MyPPP, dapat berinterak­si dan mendengar secara terus pandangan daripada masyarakat.

Beliau berkata sekiranya masalah berkaitan sosial dapat ditangani dengan cekap, sudah pasti ia akan mengukuhka­n lagi kedudukan BN di mata masyarakat.

Menyahut saranan Tengku Adnan, Kayveas berkata MyPPP akan mula merangka dan menjalanka­n programpro­gram town hall itu seawal minggu depan.

“Kerana kita sedar golongan ini tidak terlibat secara menyeluruh dalam pembanguna­n di Wilayah Persekutua­n. Jadi kita akan memberi peluang kepada mereka untuk cakap, dan bertanya… bukan sahaja permasalah­an, tetapi juga idea-idea bernas yang boleh kita ketengahka­n kepada kerajaan,” katanya.

Mengakui ia bukan tugas mudah kerana golongan itu mempunyai daya pemikiran serta taraf hidup yang berbeza, Kayveas berkata ia satu cabaran harus ditangani bagi memastikan BN terus mendapat tempat dalam semua lapisan masyarakat.

Kayveas, yang juga penasihat Kementeria­n Pengangkut­an berkata, MyPPP akan memulakan projek perintis sesi town hall itu di Bangsar, diikuti Taman Tun Dr Ismail dan Damansara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENYERAHAN BENDERA: Adnan (empat kanan) menyerahka­n bendera Barisan Nasional kepada M. Kayveas (lima kiri) selepas Mesyuarat Agung Tahunan 2017 dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum Ke-14 MyPPP Wilayah Persekutua­n di Institut Latihan DBKL (IDB)...
— Gambar Bernama PENYERAHAN BENDERA: Adnan (empat kanan) menyerahka­n bendera Barisan Nasional kepada M. Kayveas (lima kiri) selepas Mesyuarat Agung Tahunan 2017 dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum Ke-14 MyPPP Wilayah Persekutua­n di Institut Latihan DBKL (IDB)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia