Utusan Borneo (Sarawak)

Saya tiada cita-cita jadi MB Selangor: Noh Omar

-

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata beliau tidak bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Katanya, segala usaha yang dilakukann­ya dan BN dalam membantu rakyat Selangor selama ini adalah kerana keikhlasan dalam melaksanak­an tanggungja­wab kepada rakyat negeri itu.

Beliau berkata seorang ahli politik atau pemimpin perlu mempunyai jiwa besar dalam memberi khidmat dan bukannya ghairah mengejar jawatan.

“Seorang pemimpin tidak seharusnya mempunyai citacita untuk memegang jawatan, ini boleh membuatkan mereka kecewa dan bila tidak terpilih boleh menyebabka­n perpecahan parti.

“Jawatan terpulang pada pucuk pimpinan, keutamaan kita kini adalah untuk memenangi Selangor terlebih dahulu. Sesiapa sahaja yang layak boleh menjadi Menteri Besar,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n kempen keselamata­n kebakaran bersama penduduk Flat Taman Seri Aman, Petaling Jaya, dekat sini, semalam.

Selangor diperintah kerajaan pakatan pembangkan­g yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 2008.

Pada majlis itu, Noh, yang juga Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mengumumka­n peruntukan RM300,000 bagi membaik pulih dan menaik taraf sistem pencegahan kebakaran di flat tersebut.

Beliau turut mengesa Jawatankua­sa dan Persatuan Penduduk perumahan strata untuk menubuhkan komuniti bomba masing-masing.

“Ini sebagai langkah persediaan tambahan bagi mengelak tragedi, tambahan bomba komuniti ini berbeza daripada bomba sukarela.

Bomba sukarela perlu berdaftar di bawah Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia