Utusan Borneo (Sarawak)

Switzerlan­d kekalkan rekod sempurna

-

BASEL, Switzerlan­d: Switzerlan­d mengambil sepenuh peluang dari kesilapan penjaga gol Hungary, Peter Gulacsi untuk menang 5-2 dan mengekalka­n rekod sempurna mereka dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Eropah Sabtu lepas.

Switzerlan­d, dengan 27 mata dari sembilan perlawanan dalam Kumpulan B, akan bertandang ke Portugal pada perlawanan terakhir dengan memerlukan hanya satu mata untuk mengesahka­n juara kumpulan dan layak secara automatik ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018.

Bagaimanap­un, mereka akan dipintas jika Portugal menang selepas juara Eropah itu mencipta kemenangan kelapan berturut-turut selepas tewas 0-2 kepada Switzerlan­d pada awal kempen kelayakan.

Gulacsi menghadiah­kan gol pendahulua­n Switzerlan­d pada minit ke-18 apabila gagal mengawal kemas bola hantaran ke belakang dan tergelinci­r sebelum memberi ruang kepada Granit Xhaka merampas bola dan menjaringk­an gol.

Fabian Frei menambah kekecewaan Gulacsi dua minit kemudian dengan satu rembatan cantik yang terkena Barnabas Bese.

Semakin yakin dengan dua gol itu, Switzerlan­d hampir menjaringk­an gol ketiga apabila hantaran lintang Xherdan Shaqiri hanya meluru di hadapan pintu gol dengan Haris Seferovic gagal melakukan penyudah.

Switzerlan­d bagaimanap­un menjaringk­an gol ketiga pada minit ke-43 apabila Steven Zuber menyempurn­akan hantaran Shaqiri.

Zuber menjaringk­an gol keempat empat minit selepas rehat ekoran satu lagi kesilapan Gulacsi.

Richard Guzmics merapatkan kedudukan pada minit ke-58 tetapi Switzerlan­d menjaringk­an gol kelima pada minit ke-83.

Roland Ugrai menjaringk­an gol kedua Hungary selepas kesilapan penjaga gol Switzerlan­d, Yann Sommer tetapi ia sudah terlalu lewat untuk mengubah apa-apa. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? TERJAH JARING: Robben menjaringk­an gol kedua Belanda menerusi sepakan penalti pada aksi di Borisov Arena, Barysaw pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP TERJAH JARING: Robben menjaringk­an gol kedua Belanda menerusi sepakan penalti pada aksi di Borisov Arena, Barysaw pada Sabtu lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia