Utusan Borneo (Sarawak)

Perancis kembali ungguli Kumpulan A

Gol Matuidi pastikan kemenangan 1-0 ke atas Bulgaria pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018

-

SOFIA, Bulgaria: Perancis mengembali­kan kedudukan di tangga teratas Kumpulan A untuk kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Eropah selepas gol awal Blaise Matuidi memastikan kemenangan 1-0 ke atas Bulgaria Sabtu lepas.

Selepas Sweden membelasah Luxembourg 8-0 pada perlawanan awal, yang menyaksika­n Sweden melonjak ke tangga teratas kumpulan buat seketika, kemenangan memastikan skuad kendalian Didier Deschamps merampas kembali kedudukan tangga teratas dan berkelebih­an satu mata dengan baki satu perlawanan sahaja lagi.

Menanti kunjungan pasukan kerdil, Belarus pada perlawanan Selasa ini, Perancis d i j a n g k a tidak memp u n y a i masalah

Ia adalah perlawanan yang sukar dengan banyak kesilapan dan komitmen. Didier Deschamps Jurulatih Perancis

mengeka l k a n kedudukan di tangga teratas dan mengesahka­n kelayakan ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018. “Ia adalah perlawanan yang sukar dengan banyak kesilapan dan komitmen,” kata Deschamps, yang menjadi jurulatih Perancis yang paling berjaya selepas mencipta 42 kemenangan dari 68 perlawanan sejak menjadi jurulatih pada 2012. Ia mengatasi rekod Raymond Domenech dengan 41 kemenangan dari 71 perlawanan (2004-2010) dan menyamai rekod Michel Hidalgo dari 75 perlawanan ( 19761984). “K a m i tidak bermain dengan baik dalam separuh masa kedua, kami mempunyai beberapa peluang tetapi tetap bergelut. Mereka ber- main dengan lebih agresif.

“Apa yang penting ialah kemenangan tetapi kami seharusnya boleh melakukan yang lebih baik.

“Kami masih di tangga teratas (kumpulan) – ia adalah paling penting – kami mempunyai baki satu perlawanan sahaja lagi dan kelayakan ke Rusia kini di tangan kami sendiri. Kami harus menang perlawanan Selasa ini.”

Perbincang­an sebelum perlawanan tertumpu kepada perlawanan 24 tahun yang lalu apabila Bulgaria menafikan Perancis satu tempat ke Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat (AS).

Perancis berada di tangga teratas kumpulan kelayakan ketika itu tetapi bolos dua gol pada tujuh minit terakhir dan tewas 2-3 kepada Israel di tempat sendiri, bermakna mereka perlu mengelak kekalahan ketika menentang Bulgaria pada perlawanan terakhir.

Tetapi pada perlawanan itu, Emil Kostadinov menjaringk­an gol kemenangan lewat di Parc des Princes untuk memastikan Bulgaria menang 2-1 dan memastikan Bulgaria layak ke Piala Dunia dengan kelebihan satu mata berbanding Perancis.

Sabtu lepas, senarionya jauh berbeza dengan Perancis kelihatan tidak berdepan dengan masalah menentang pasukan yang tidak memiliki barisan pemain gah seperti Hristo Stoichkov dan Yordan Letchkov, pada 1993.

Perancis bermula cemerlang dengan Matuidi menyempurn­akan umpanan Antoine Griezmann untuk membuka jaringan seawal minit ketiga.

“Sweden menang perlawanan awal, jadi ia adalah penting untuk menang di sini,” kata Matuidi.

“Kami tahu ia adalah sukar, mereka adalah pasukan yang menang empat kali di tempat sendiri pada musim ini. Kami terpaksa bersaing sehingga ke akhir perlawanan.”

Perancis mempunyai lebih banyak peluang berbanding Bulgaria dengan cubaan Kylian Mbappe dan Griezmann tersasar.

Penjaga gol Perancis, Hugo Lloris, ada diuji pada minit ke-37 apabila menepis cubaan Todor Nedelev dan kemudian Georgi Kostadinov­c.

Perancis sedikit terjejas di bahagian tengah 10 minit sebelum rehat apabila N’Golo Kante terpaksa dikeluarka­n kerana kecederaan dan terpaksa diganti dengan Adrien Rabiot.

Kecederaan ini bermakna Kante tidak akan dapat diturunkan pada perlawanan Selasa ini. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KENCANG: Matuidi (tengah) melepaskan rembatan untuk menjaringk­an gol buat Perancis pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Bulgaria di Stadium Vasil Levski, Sofia Sabtu lepas.
— Gambar AFP KENCANG: Matuidi (tengah) melepaskan rembatan untuk menjaringk­an gol buat Perancis pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Bulgaria di Stadium Vasil Levski, Sofia Sabtu lepas.
 ??  ?? DESCHAMPS
DESCHAMPS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia