Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo kembalikan harapan Portugal

-

ANDORRA LA VELLA, Andorra: Cristiano Ronaldo dimasukkan dari bangku simpanan dan menjaringk­an satu gol untuk membantu Portugal menang 2- 0 di Andorra dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Eropah, sekali gus menghidupk­an peluang untuk kelayakan automatik.

Gol Ronaldo pada minit ke- 63, gol ke- 15 beliau dalam kempen kelayakan ini, menyelamat­kan Portugal selepas kelihatan bergelut menembusi pertahanan pasukan tuan rumah dan gol kedua dari rembatan Andre Silva untuk memastikan perlawanan terakhir Kumpulan B – menentang pendahulu kumpulan, Switzerlan­d, Selasa ini sebagai perlawanan yang cukup hebat.

Perlawanan akan menentu- kan siapa menjuarai kumpulan dan layak secara automatik ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018 dan siapa yang ng akan terpak- sa bermain satu lagi playoff kelayakan.

S w i t - z e r l a n d menewaskan n Hungary 5- - 2 pada hari yang ang sama untukuk 27 mata maksimasim­a dari sembilan lan perlawanan dan mereka hanya memerlukan satu mata pada perlawanan menentang Portugal untuk layak ke Rusia.

Juara sembilan kumpulan kelayakan Zon Eropah layak secara automatik ke Rusia dan lapan pasukan terbaik di tangga kedua bermain perlawa- nan timbal balik p l a y o f f te terakhir u n t u k memb u r u b a k i empat t e m - p pat. Siap pa sahaja yan yang menam namatkan saing saingan di temp tempat kedua K Kumpulan B akan dijamin layakla ke playoff. Portugal kelihatan bergelut untuk lebih dari satu jam permainan dengan Andorra bermain secara bertahan dan juga bermain di padang tiruan yang tidak kelihatan sesuai untuk satu perlawanan kelayakan.

Jurulatih Portugal, Fernando Santos membuat keputusan memulakan Ronaldo di bangku simpanan kerana beliau mempunyai satu kad kuning sebelum ini dan jika dilayangka­n kad kuning menentang Andorra, beliau pastinya tidak akan dapat bermain menentang Switzerlan­d.

Ricardo Quaresma mensiasiak­an peluang pertama Portugal apabila tidak dikawal untuk melakukan tandukan tetapi bola hanya meluru ke arah luar jaring.

Quaresma kemudian memaksa penjaga gol Andorra, Josep Gomes beraksi tangkas menepis satu cubaan sebelum turut menepis rembatan kencang Pepe dari jarak dekat.

Santos memasukkan Ronaldo selepas rehat tetapi bintang Real Madrid itu gagal memberikan impak segera dengan satu cubaannya sedikit tersasar.

Namun pada minit ke-79, Ronaldo memecah kebuntuan untuk gol kedua beliau sebagai pemain gantian tetapi gol ke-79 dari 144 penampilan bersama Portugal.

“Terima kasih Tuhan kerana beliau menjaringk­an gol,” kata Santos.

“Cristiano Ronaldo sangat penting untuk kami pada perlawanan ini tetapi kerana itulah kenapa beliau adalah pemain terbaik di dunia.

“Pada padang seperti ini, kami tidak dapat mempamerka­n rentak permainan sebenar kami tetapi kami memiliki pemain terbaik di dunia.”

Silva melengkapk­an jaringan ketika berbaki empat minit permainan. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? SENTUHAN BERBISA: Ronaldo (tengah) meraikan jaringanny­a ketika membantu Portugal menewaskan Andorra di Andorra la Vella, Andorra pada Sabtu lepas.
— Gambar Reuters SENTUHAN BERBISA: Ronaldo (tengah) meraikan jaringanny­a ketika membantu Portugal menewaskan Andorra di Andorra la Vella, Andorra pada Sabtu lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia