Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Robben bantu hidupkan peluang Belanda

-

BORISOV, Belarus: Argen Robben menjaringk­an satu gol dan mengumpan satu lagi gol ketika Belanda menghidupk­an peluang tipis untuk melangkah ke Piala Dunia 2018 dengan kemenangan 3-1 ke atas Belarus pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Eropah Sabtu lepas.

Keputusan itu membolehka­n Belanda mengutip 16 mata dari sembilan perlawanan, tiga mata di belakang pasukan di tangga kedua, Sweden, lawan mereka pada perlawanan terakhir Kumpulan A, sementara Perancis mendahului kumpulan dengan kelebihan satu mata di hadapan Sweden.

Belanda bagaimanap­un memerlukan kelebihan 12 gol untuk memintas Sweden di tangga kedua untuk playoff terakhir kelayakan ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia dengan hanya juara kumpulan layak secara automatik.

Tendangan penalti Robben dan satu gol lewat Memphis Depay memastikan kemenangan buat Belanda, yang mendahului 1-0 pada masa rehat menerusi gol Davy Propper sebelum Maksim Valadzko mengikat kedudukan pada separuh masa kedua.

Propper membuka jarin- gan pada minit ke-24 selepas menerima umpanan dari Robben.

Tetapi Belarus mengikat kedudukan 10 minit selepas rehat dengan rembatan kencang Valadzko.

Belanda diberikan satu tendangan penalti ketika berbaki enam minit permainan selepas Mikalai Sihnevich dikatakan mengasari pemain gantian, Das Bost semasa satu tendangan sudut dan Robben tidak mempunyai masalah untuk meletakkan Belanda kembali di hadapan.

Depay melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan dengan satu tendangan percuma cantik. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia