Utusan Borneo (Sarawak)

Iwobi bawa Nigeria ke Rusia

Ghana tersingkir dari kelayakan Piala Dunia 2018 selepas hanya seri tanpa jaringan dengan Uganda di Kampala

-

ABUJA, Nigeria: Gol Alex Iwobi memastikan Nigeria menjadi pasukan pertama dari benua Afrika yang layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia tetapi Ghana tersingkir dari kelayakan Sabtu lepas.

Gol minit ke- 73 oleh penyerang kelab Arsenal itu memastikan Nigeria menang 1-0 ke atas Zambia di Uyo, untuk menjamin tempat di tangga teratas Kumpulan B dengan baki satu perlawanan kelayakan.

“Ia adalah impian saya untuk melayakkan pasukan ini ke Piala Dunia,” kata kapten Nigeria, Mikel Obi.

“Saya berasa bangga menjadi kapten pasukan hebat ini. Isteri saya warga Rusia dan beliau dan anak-anak akan berada di Rusia untuk menyokong kami di Piala Dunia.”

Nigeria kini mempunyai 13 mata dengan pasukan di tangga kedua, Zambia, mengumpul tujuh mata. Cameroon dengan enam mata selepas menewaskan Algeria 2-0.

Ghana, yang pernah melangkah ke peringkat suku akhir di Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, tersingkir dari saingan selepas hanya seri tanpa jaringan dengan Uganda ketika kemenangan akan menghidupk­an peluang tipis mereka.

Ini bermakna Mesir boleh menyertai Nigeria jika menewaskan Kongo pada perlawanan lewat.

Kegagalan untuk menang membolehka­n Uganda memintas mereka di tangga teratas Kumpulan E dengan kedua- dua pasukan akan

Ia adalah impian saya untuk melayakkan pasukan ini ke Piala Dunia. Mikel Obi Kapten Nigeria

bermain di gelanggang lawan bulan hadapan.

Uganda, yang dijaminkan 3,000 dolar seorang untuk menewaskan Ghana, mempunyai peluang lebih baik dalam separuh masa pertama perlawanan di Kampala tetapi William Kizito mensia-siakan peluang terbaik.

Derrick Nsibambi juga mempunyai peluang tetapi tandukanny­a pada minit ke64 tersasar.

Afrika Selatan mencipta kemenangan pertama mereka dalam Kumpulan D dengan menewaskan Burkina Faso 3- 1 walaupun kehilangan Bongani Zungu kerana kad merah pada separuh masa kedua.

Ketika itu, Afrika Selatan mendahului 3-0 menerusi gol Percy Tau, Themba Zwani dan Sibusiso Vilakazi.

Gol saguhati Burkina dijaringka­n Bertrand Traore, tiga minit sebelum tamat permainan.

S e n e g a l m e n d a h u - lui Kumpulan D selepas menewaskan Cape Verde 2-0 menerusi gol lewat Diafra Sakho dan Cheikh N’Doye.

Mereka perlu menang satu dari dua perlawanan menentang Afrika Selatan bulan hadapan untuk layak tetapi kesemua empat pasukan dalam kumpulan itu masih mempunyai peluang.

Senegal mempunyai lapan mata dengan Burkina Faso dan Cape Verde enam dan Afrika Selatan dengan empat mata.

Senegal dan Afrika Selatan mempunyai satu perlawanan tambahan kerana harus bermain perlawanan ulangan selepas perlawanan asal di mana Afrika Selatan menang 2-1, dibatalkan kerana pengadil perlawanan disabitkan mengatur perlawanan.

Kemenangan 2-1 Republik Demokratik Kongo (DRC) di Libya memastikan Kumpulan A juga akan ditentukan pada perlawanan terakhir, walaupun Tunisia hanya memerlukan satu mata pada perlawanan menentang Libya untuk mengesahka­n kelayakan selepas menewaskan Guinea 4-1.

Dalam Kumpulan C, Maghribi mendahului kumpulan dengan kemenangan 3-0 ke atas Gabon, menyebabka­n Ivory Coast tercicir ke tangga kedua selepas diikat tanpa jaringan dengan Mali. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DETIK BERSEJARAH: Iwobi (tengah) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada aksi di Uyo, Akwa Ibom Sabtu lepas.
— Gambar AFP DETIK BERSEJARAH: Iwobi (tengah) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada aksi di Uyo, Akwa Ibom Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia