Utusan Borneo (Sarawak)

Neuer mungkin tidak dapat beraksi sehingga bulan Mac

-

BERLIN, Jerman: Penjaga gol antarabang­sa Jerman dan kelab Bayern Munich, Manuel Neuer, membayangk­an beliau mungkin tidak dapat beraksi sehingga bulan Mac selepas proses pemulihan dari pembedahan kaki mengambil masa yang lebih lama dari apa yang dijangkaka­n.

Neuer pada awalnya menjangkak­an akan kembali beraksi pada bulan Januari tetapi beliau memberitah­u stesen penyiaran kelab: “Kecederaan di bahagian kaki dalam proses pemulihan dan ia mungkin mengambil masa sehingga enam bulan untuk pulih sepenuhnya.

“Ia sentiasa bergantung kepada proses pemulihan,” tambah beliau.

Neuer, 31, bagaimanap­un berkata proses pemulihan beliau berjalan lancar dan “saya berasa positif dan merasakan semuanya akan menjadi lebih baik”.

Neuer mengalami kecederaan semasa sesi latihan pada bulan September, dua minggu selepas dijadualka­n kembali beraksi selepas kecederaan retak tulang kaki yang sama pada bulan April semasa perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.

Ketiadaan Neuer, yang juga kapten Bayern, adalah satu lagi kekecewaan buat Bayern, yang mengumumka­n bahawa jurulatih veteran, Jup Heynckes, akan kembali membimbing kelab buat kali keempat dalam kerjayanya selepas pemecatan Carlo Ancelotti.

Jurulatih Jerman, Joachim Loew, berasa yakin Neuer akan kembali cergas menjelang Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Saya berharap beliau dapat kembali secepat mungkin,” kata Loew. “Saya tahu Manuel boleh kembali cergas dengan cepat dan ia sememangny­a penting kerana beliau adalah penjaga gol terbaik di dunia sejak beberapa tahun.” — AFP

 ?? — Gambar Bernama ?? Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (dua, kiri) melepaskan para peserta ‘Batik Fun Walk’ di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir isteri beliau Nori Abdullah (kiri).
— Gambar Bernama Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (dua, kiri) melepaskan para peserta ‘Batik Fun Walk’ di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur semalam. Turut hadir isteri beliau Nori Abdullah (kiri).
 ??  ?? NEUER
NEUER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia