Utusan Borneo (Sarawak)

Rusia tewaskan Korea Selatan 4-2 di Moscow pada aksi persahabat­an

-

MOSCOW, Rusia: Kim Joo-Young menjaringk­an dua gol sendiri dalam tempoh dua minit ketika Rusia menewaskan Korea Selatan 4-2 di Moscow pada perlawanan pertama mereka sejak Piala Konfederas­i Sabtu lepas.

Fedor Smolov dan Alexei Miranchuk juga menjaringk­an gol untuk tuan rumah Piala Dunia 2018, yang mempamerka­n aksi yang lebih baik selepas tersingkir di pusingan pertama Piala Konfederas­i pada bulan Jun lepas.

Kwong Kyung-Won dan Ji Dong-Won, menjaringk­an gol saguhati lewat untuk Korea Selatan pada perlawanan persahabat­an iut.

Ia adalah kemenangan kelima dari 13 perlawanan buat jurulatih Stanislas Cherchesov semenjak mengambil alih tugas pada Ogos 2016 – dengan empat kemenangan lain ialah ke atas Ghana, Romania, Hungary dan New Zealand.

Bagaimanap­un, Rusia juga tewas lima perlawanan dan berdepan persoalan tentang keupayaan yaan mereka untuk bersaing di antara ra pasukan elit t di Piala Dunia – di mana mereka ka hanya layak selakuelak­u tuan rumah.

“Kamii kelihatan lebih ih baik dari segi fizikal h a r i i n i . D a n s u - dah tentu saya berasa gembira dengan kemenangan ini,” kata Cherchesov.

“Tetapi saya bimbang kerana pemain hilang fokus dan gagal mengekalka­n konsistens­i. Kami melakukan terlalu banyak kesilapan hari ini tetapi secara keseluruha­nnya, saya merasakan kami melakukan satu peningkata­n.” Alexander Kokorin mempunyai peluang awal untuk meletakkan Rusia di hadapan pada minit ke-25 tetapi rembatanny­a s sedikit tersasar. Korea juga mempuny mempunyai peluang apab apabila Son Heung-M Heung-Min melepasi pertahanan­pert Rusia ketikaketi­k satu serangan pantas tetapi rem rembatan penyud penyudahny­a d ditepis p e n - j a g a g o l Rusia, Igor Akinfeev pada minit ke-33. Separuh masa pertama kelihatan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan tetapi Smolov membuka jaringan dari satu tendangan sudut Alexander Samedov. Selepas rehat, Korea meningkatk­an rentak permainan tetapi Ru- sia bertahan dengan baik sebelum pemain pertahanan Korea, JooYoung tertolak bola ke pintu golnya sendiri sebanyak dua kali dalam tempoh dua minit, sekali gus menamatkan saingan pasukannya.

Alexei Miranchuk dimasukkan dari bangku simpanan untuk menjaringk­an gol keempat Rusia sebelum Kwon dan Ji merapatkan kedudukan buat Korea.

“Walaupun tewas, saya gembira kerana pemain saya berusaha sehingga ke akhir permainan,” kata jurulatih Korea Selatan, Shin Tae-Young.

“K a m i p e r l u meneruskan latihan kami dan berharap di masa hadapan, kami akan dapat beraksi sebagus pasukan Rusia.”

Rusia akan bermain satu lagi perlawanan persahabat­an, menentang Iran di Kazan Selasa ini. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia