Utusan Borneo (Sarawak)

Mufa akur keputusan walaupun kesal dengan penangguha­n Piala Sarawak

-

MUKAH: Persatuan Bolasepak Mukah (Mufa) berasa kesal dengan tarikh penangguha­n Piala Sarawak 2017 tetapi tetap akur dengan keputusan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Timbalan Presiden Mufa Sarjan Ajehar Bakar menyatakan sedikit rasa kekecewaan kerana segala persiapan telah dilaksanak­an untuk menghadapi sambutan piala dimaksudka­n.

“Kami rasa sedikit kecewa penundaan tarikh kerana segala persiapan termasuk kehadiran tetamu kehormat untuk upacara penutupan telah ditetapkan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Bagaimanap­un, penundaan perlawanan kepada tarikh baharu yang bakal ditetapkan pada November nanti adalah sesuatu yang wajar dilakukan oleh pihak FAS.

Ini kerana pada 28 Oktober 2017, ia merupakan tarikh penting bagi pasukan Sarawak sama ada kekal di Liga Super atau turun ke Liga Perdana tahun dapan.

Mengenai persediaan sebelumnya, Ajehar memberitah­u bahawa pihaknya telah memutuskan untuk menggunaka­n tiga padang untuk 14 pasukan yang bakal bertanding dalam Piala Sarawak nanti.

“Kita akan guna padang stadium ( baharu) padang MDDM dan juga padang UiTM untuk semua perlawanan nanti,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai sukarelawa­n terlibat dalam semua perlawanan, hampir mencecah 47 dan tidak mempunyai apa-apa masalah berkaitan hal itu.

“Kita tidak ada sebarang masalah atas kesemua hal ini dan semua telah diatur dengan sebaik mungkin,” jelasnya.

Di samping isu berkenaan, beliau turut berterima kasih ke atas wakil rakyat menjadi penaja utama.

“Bagaimanap­un, Mufa masih menyeru kepada sesiapa sahaja termasuk individu dan syarikat di luar sana untuk menambah dan memperting- katkan sokongan terutama daripada aspek penajaan,” katanya.

Ini bagi memperting­katkan lagi jumlah dana sekali gus membawa taraf serta mutu penganjura­n ke arah lebih baik serta tinggi terutama menyentuh mengenai kemudahan disediakan kepada pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia