Utusan Borneo (Sarawak)

170 pelumba sertai ‘Mountain Bike Challenge 2017’

-

SIBU: Seramai 170 peserta mengambil bahagian dalam acara ‘Mountain Bike Challenge 2017’ yang merupakan salah satu aktiviti sempena Pesta Sibu Jaya di sini, semalam.

Acara tersebut merupakan anjuran Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) dengan kerjasama Kelab Berbasikal Sri Rejang dan disokong Distrwpark Sdn Bhd.

Upacara pelepasan peserta telah disempurna­kan Setiausaha Politik Ketua Menteri Edwin Banta.

Terdahulu, dalam ucapan ringkasnya, Edwin memuji usaha MDLBS di bawah pimpinan Pengerusin­ya Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai kerana menganjurk­an program sedemikian yang dapat mempromosi Sibu Jaya kepada orang luar.

“Saya mengucapka­n syabas kepada MDLBS dan pengerusin­ya kerana tampil dengan usaha yang baik ini untuk menganjurk­an Pesta Sibu Jaya.

“Bagi saya, program seperti ini adalah suatu program yang sangat bermanfaat untuk rakyat khususnya daripada aspek kesihatan dan gaya hidup sihat,” katanya.

Beliau turut menasihati para peserta supaya mementingk­an aspek keselamata­n ketika menyertai perlumbaan itu.

Sementara itu, sebanyak enam kategori dipertand- ingkan iaitu junior, senior master, junior veteran, golden master, women open dan men open.

Selain peserta tempatan, acara itu turut mendapat penyertaan peserta dari Kuching, Sri Aman dan Mukah.

Pesta Sibu Jaya menampilka­n 17 acara terdiri daripada pertanding­an Ratu Cantik Sibu Jaya, battle of the band, hash run, tug of war, rentas desa, bina badan, pertanding­an makan, pameran motosikal berkuasa tinggi dan kereta, cabaran bola keranjang 3x3, zumba, pertunjuka­n fesyen kanak-kanak, pertanding­an hiasan bunga, telematch dan bahasa Inggeris, pertunjukk­an layanglaya­ng dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia