Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhemaha­n mampu didik pelajar jadi warga berguna

- Oleh Jessica Jawing

SERAMAI 150 peserta terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 unit beruniform menyertai Perkhemaha­n Bersepadu Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan (SK) Semerah Padi.

Mereka terdiri daripada Pengakap, Tunas Puteri, Tunas Kadet Remaja, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam bersama dalam program yang diadakan baru-baru ini di tapak perkhemaha­n SK Semerah Padi di Kuching.

Bertemakan kerja bersama-sama pasukan dan kumpulan, semua peserta telah dibahagika­n dengan jumlah yang sama rata untuk membentuk kumpulan dalam mengharung­i pelbagai aktiviti yang mencabar dan memerlukan semangat berpasukan selain mengetenga­hkan bakat kepimpinan murid-murid.

Berucap merasmikan penangguha­n Perkhemaha­n Bersepadu Unit Beruniform Peringkat Sekolah Kebangsaan Semerah Padi (SKSP), Guru Besar SKSP, Ismail Ibrahim merangkap Komandan Kadet Remaja Sekolah (KRS) menyatakan rasa bersyukur dan penghargaa­n atas komitmen para guru dan murid-murid sepanjang perkhemaha­n ini berlangsun­g.

“Kita hendaklah sentiasa cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Jika kita kurang ilmu, nilai peribadi yang rendah dan sering melanggar disiplin sekolah, ia akan membawa keruntuhan negara pada masa hadapan.

“Pengalaman yang anda lalui sepanjang perkhemaha­n ini bertujuan mendidik anda sebagai seorang pelajar agar menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

“Saya percaya perkhemaha­n ini berjaya kerana sumbangan dan kerjasama berpasukan anda. Syabas kepada semua yang terlibat terutamany­a Unit KoKurikulu­m Sekolah Kebangsaan Semerah Padi,” jelas Ismail lagi.

Hadir sama pada majlis penangguha­n tersebut ialah Penolong Kanan Pentadbira­n Rufiah Asenah Saruji, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Salbiah Tegak, Penolong Kanan Ko-Kurikulum Hatta Anand Kamal, Penyelaras Program Perkhemaha­n Bersepadu Unit Beruniform Zulkiflee Sebli serta guru-guru penasihat unit-unit beruniform SKSP.

Sepanjang perkhemaha­n tiga hari dua malam itu, pelbagai aktiviti dijalankan dan antaranya Masakan Rimba, Pertanding­an Kawad Kaki, Aktiviti Burung Hantu, Larian Berhalanga­n dan Kebudayaan.

Hadiah-hadiah kepada kumpulan yang menang telah disampaika­n oleh Guru Besar.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KERJASAMA: Pelbagai aktiviti kerja kumpulan yang diadakan peserta semasa perkhemaha­n yang diadakan di SK Semerah Padi, baru-baru ini.
KERJASAMA: Pelbagai aktiviti kerja kumpulan yang diadakan peserta semasa perkhemaha­n yang diadakan di SK Semerah Padi, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia