Utusan Borneo (Sarawak)

FBM KLCI dijangka diniagakan tinggi

Momentum meningkat menjelang pembentang­an Bajet 2018 pada 27 Okt

-

KUALA LUMPUR: FBM KLCI diunjur diniagakan tinggi minggu ini apabila momentum dijangka meningkat menjelang pembentang­an Bajet 2018 pada 27 Okt.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidik­an Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, Bajet 2018 dijangka memberi sokongan kepada pasaran dengan lebih banyak peruntukan dijangka diberikan.

FBM KLCI dijangka mencecah paras 1,780 dalam tempoh beberapa minggu akan datang berikutan jangkaan kenaikan gaji dan semakan semula elaun bagi penjawat awam, ditambah dengan lebih banyak pe- lepasan cukai, katanya sambil menambah ini akan menjadi pemangkin besar bagi FBM KLCI pada minggu ini dan minggu-minggu seterusnya.

“Kita juga akan melihat beberapa pemangkin dari pasaran Amerika Syarikat (AS). Kita melihat keyakinan sekarang disebabkan pemulihan dan kita juga melihat ketegangan yang semakin mereda antara Korea Utara dan AS, yang membawa kepada penguranga­n aliran keluar dana asing,” katanya kepada Bernama.

Nazri Khan berkata angka eksport tinggi yang diumumkan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri pada Jumaat juga memberi sokongan kepada Bursa Malaysia, manakala pendapatan korporat dijangka melantun semula.

Eksport Malaysia pada Ogos 2017 meningkat 21.5 peratus tahun ke tahun kepada RM82.23 bilion, mengatasi paras RM80 bilion bagi kali kedua dalam 2017, manakala jumlah perdaganga­n meningkat 22 peratus kepada RM154.59 bilion.

Sementara itu, lebihan perdaganga­n meningkat kepada RM60.84 bilion bagi tempoh lapan bulan pertama 2017 berbanding RM52.47 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

FBM KLCI kebanyakan­nya tinggi minggu lepas, seiring dengan prestasi kukuh Wall Street berikutan pertumbuha­n kukuh ekonomi AS, serta keyakinan terhadap tambah baik cukai.

US Bureau of Labour Statistics akan mengumumka­n data senarai gaji bukan ladang pada lewat Jumaat.

Bagi asas mingguan, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 8.42 mata kepada 1,764.0 daripada 1,755.58 pada Jumaat.

Indeks FBM Emas meningkat 66.35 mata kepada 12,597.64 dan Indeks FBMT 100 melonjak 60.2 mata kepada 12,249.45.

Indeks FBM Emas Shariah naik 57.30 mata kepada 12,854.67, FBM 70 meningkat 80.86 mata kepada 15,137.99 dan FBM Ace menokok 96.92 mata kepada 6,665.78.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 135.66 mata kepada 16,575.53, Indeks Perusahaan menambah 13.87 mata kepada 3,215.08 dan Indeks Perladanga­n naik 49.27 mata kepada 7,921.23.

Jumlah dagangan susut sedikit kepada 12.29 bilion unit bernilai RM9.66 bilion daripada 12.69 bilion unit bernilai RM11.57 bilion minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 7.86 bilion saham bernilai RM8.50 bilion daripada 9.65 bilion saham bernilai RM11.05 bilion.

Jumlah dagangan waran berkuranga­n kepada 734.60 juta unit bernilai RM84.73 juta daripada 802.06 juta unit bernilai RM79.56 juta.

Pasaran ACE meningkat kepada 3.66 bilion unit bernilai RM681.19 juta daripada 2.22 bilion unit bernilai RM442.05 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia