Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka diniaga pada sekitar paras semasa

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan pada sekitar paras semasa minggu ini dalam keadaan sentimen pasaran bercampur-campur, terutama dipengaruh­i oleh perkembang­an luaran, kata peniaga.

Beliau berkata, mata wang tempatan baru-baru ini meningkat selepas Bank Dunia membuat unjuran menaik bagi pertumbuha­n ekonomi Malaysia.

Bagaimanap­un ia kemudianny­a susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh susulan aktiviti perkhidmat­an AS lebih rancak berbanding jangkaan, sekali gus menunjukka­n kekuatan ekonomi AS, katanya.

Sementara itu, Penganalis­is Penyelidik­an FXTM, Lukman Otunuga berkata dolar AS pulih kembali daripada penurunann­ya selepas data AS yang lebih baik berbanding jangkaan menyokong jangkaan kenaikan kadar faedah AS sebelum akhir tahun ini.

“Sentimen terhadap ekonomi AS mendapat dorongan lain pada Rabu iaitu selepas Indeks Pengurus Pembelian Bukan Pembuatan mencatat 59.8 pada September, prestasi tertinggi sejak Ogos 2005.

“Berdasarka­n pertumbuha­n sektor perkhidmat­an AS yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh 12 tahun pada bulan lepas, unjuran untuk ekonomi AS terus meng- galakkan bagi separuh kedua 2017,” katanya.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan rendah pada 4.2360/ 2390 berbanding dolar AS daripada 4.2190/ 2220 minggu sebelumnya.

Bagaimanap­un ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0999/0039 daripada 3.1063/1097 pada Jumaat, dan susut berbanding yen kepada 3.7500/7533 daripada 3.7499/7532.

Berbanding euro, ringgit naik kepada 4.9574/ 9626 daripada 4.9788/ 9828 dan berbanding pound, ia kukuh pada 5.5326/5378 daripada 5.6425/6482 Jumaat minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia