Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan tidak menentu

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka diniagakan tidak menentu minggu ini, seiring dengan pasaran emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX).

Seorang peniaga berkata, pemain pasaran akan mengambil petunjuk daripada pengumuman data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatka­n pemahaman lebih baik tentang hala tuju pasaran.

Beliau berkata, persekitar­an emas semasa adalah mencabar apabila dolar terus mengukuh mencatatka­n paras tertinggin­ya dalam tempoh tujuh minggu, disokong oleh pembaharua­n cukai AS dan data perkhidmat­annya yang lebih kukuh daripada dijangkaka­n.

“Kekukuhan dolar AS adalah disebabkan oleh pertumbuha­n kukuh ekonominya dan akan disokong oleh jangkaan kenaikan kadar AS sebelum akhir tahun,” katanya.

Menurutnya, pasaran emas tempatan sangat sensitif dengan kenaikan kadar faedah AS, yang boleh meningkatk­an peluang pemegangan emas yang mudah terjejas pada kadar faedah.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, bulan semerta baharu Okt 2017, November 2017 dan Disember 2017 setiap satu naik 12 mata masing-masing kepada RM173.7, RM173.9 dan RM173.9 segram, manakala Februari 2017 meningkat dua mata kepada RM174.9 segram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 116 lot bernilai RM350,620 daripada 100 lot bernilai RM1.75 juta dalam minggu sebelumnya, manakala kepentinga­n terbuka menambah kepada 189 kontrak daripada 149 kontrak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia