Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan MSM dijangka bercampur-campur minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan bercampur-campur minggu ini, dengan harga antara RM2,550 dan RM2,650 satu tan, kata peniaga.

Peniaga Minyak Sawit Kanan, Interband Group of Companies, Jim Teh berkata peniaga kekal berhati-hati menjelang laporan tanaman utama yang akan dikeluarka­n Lembaga Minyak Sawit Malaysia minggu ini.

“Pasaran menjangkak­an pengeluara­n MSM adalah lebih baik pada September berbanding sebelum itu,” katanya kepada Bernama.

Teh berkata, tahap ketidakten­tuan pergerakan ringgit berbanding dolar AS juga akan menyuntik sentimen belian positif bagi peniaga asing.

“Lebih ramai peniaga asing dijangka memasuki pasaran, memandangk­an penyusutan nilai ringgit akan menjadikan MSM lebih murah bagi mereka,” katanya.

Berdasarka­n Jumaat ke Jumaat, Oktober 2017 naik RM22 kepada RM2,741 satu tan, November 2017 menokok RM36 kepada RM2,733 satu tan manakala Disember 2017 dan Januari 2018 masing-masing meningkat RM35 kepada RM2,730 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan bagaimanap­un susut kepada 102,204 lot daripada 114,287 lot pada Jumaat minggu sebelumnya, dan kepentinga­n terbuka berkuranga­n kepada 268,058 kontrak daripada 274,461 kontrak.

Di pasaran fizikal, Selatan Oktober meningkat RM10 kepada RM2,740 satu tan daripada RM2,730 satu tan pada Jumaat lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia