Utusan Borneo (Sarawak)

Pinjaman PUNB diproses pengurus cawangan sebelum ibu pejabat

-

MELAKA: Semua permohonan pinjaman Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di peringkat negeri diproses oleh pengurus cawangan sebelum dihantar ke ibu pejabat untuk tindakan lanjut mulai bulan ini, kata Pengerusin­ya Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, langkah itu selaras dengan usaha penambahba­ikan tadbir urus agensi berkenaan di samping mempercepa­tkan proses membuat keputusan bagi setiap permohonan yang diterima.

“Sebelum ini semua proses permohonan pinjaman dilakukan di ibu pejabat, namun sekarang permohonan akan ditapis di peringkat cawangan yang ada di setiap negeri sebelum dihantar ke Kuala Lumpur.

“Pengurus cawangan akan memutuskan sama ada permohonan berkenaan boleh disokong atau tidak dan di peringkat ibu pejabat kita akan lakukan semakan kali kedua sebelum kelulusan diputuskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Kedai ‘Kueh Melake’ di Jalan Kilang di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Mohd Ali berkata PUNB sedang memproses data terkini berkaitan jumlah usahawan Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam pelbagai sektor perniagaan.

Beliau berkata, ia bertujuan memastikan usahawan Bumiputera dalam bidang perniagaan tertentu khususnya sektor automotif atau bahan binaan dapat dipertingk­atkan.

“Berdasarka­n data awal yang kita perolehi jumlah usahawan Bumiputera dalam bidang tertentu seperti automotif adalah sangat kecil iaitu sekitar 10 peratus kerana ia telah dimonopoli usahawan bukan Bumiputera,” katanya.

Melalui pendekatan tersebut, PUNB akan mencari lebih ramai usahawan berpotensi untuk menceburi sektor perniagaan menerusi Skim Prosper Teras yang akan membantu mereka menjadi peruncit Bumiputera berdaya saing, katanya.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, PUNB telah meluluskan pinjaman sebanyak kira-kira RM130 juta kepada 250 usahawan di seluruh negara merangkumi pelbagai sektor perniagaan pada Januari hingga September tahun ini.

Beliau berkata peminjam yang mengalami masalah pembayaran balik boleh membuat penjaduala­n semula pinjaman dengan tempoh maksmium tujuh tahun.

“Mereka perlu hadir ke cawangan PUNB dan berbincang dengan pengurus agar penjaduala­n semula dapat dilakukan...yang penting mereka meneruskan perniagaan dan bayaran dapat dilakukan mengikut kemampuan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU USAHAWAN BUMIPUTERA: Mohd Ali (tiga kiri) ketika merasmikan pembukaan Kedai ‘Kueh Melake’ di Jalan Kilang di Melaka, kelmarin. Turut hadir pemilik kedai Nur Humairah Sulaiman (kiri) dan suami, Muhammad Faiz Mohd Said (lima kanan).
— Gambar Bernama BANTU USAHAWAN BUMIPUTERA: Mohd Ali (tiga kiri) ketika merasmikan pembukaan Kedai ‘Kueh Melake’ di Jalan Kilang di Melaka, kelmarin. Turut hadir pemilik kedai Nur Humairah Sulaiman (kiri) dan suami, Muhammad Faiz Mohd Said (lima kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia