Utusan Borneo (Sarawak)

1,000 belia Bumiputera dipilih ikuti program TUBE Mega

-

KOTA BELUD: Sebanyak 1,000 belia Bumiputera dipilih mengikuti latihan dan bimbingan keusahawan­an melalui program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Mega di 10 Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara selama tiga minggu bermula 1 Okt, 2017.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata peserta TUBE Mega akan menjalani tiga fasa iaitu latihan berkonsepk­an ‘boot camp’ dan bengkel asas perniagaan sebagai persediaan untuk menceburi bidang keusahawan­an.

“Peserta yang berjaya menjalani latihan serta mendaftark­an perniagaan layak memohon geran permulaan perniagaan bernilai RM15,000 untuk membantu mereka memulakan perniagaan.

“Setelah menjalani latihan, perniagaan peserta akan dipantau selama setahun melalui ‘sistem buddy’ yang akan dikendalik­an oleh kaunselor perniagaan SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp),” katanya ketika berucap merasmikan program TUBE Mega peringkat kebangsaan di PLKN Sinar Jaya dekat sini, semalam.

Hadir sama Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Musbah Jamli yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, serta Pengerusi SME Corp Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid.

Perasmian program TUBE Mega peringkat kebangsaan itu turut dijalankan serentak dengan perasmian peringkat negeri di sembilan kem PLKN lain di seluruh negara kelmarin.

Mustapa berkata, program TUBE Mega merupakan antara usaha kerajaan untuk meningkatk­an penglibata­n beli Bumiputera dalam perniagaan, di samping melonjakka­n pendapatan dan memberi peluang pekerjaan kepada golongan berpendapa­tan rendah.

“Program ini telah mula dilaksanak­an pada 2014 dengan dikenali sebagai TUBE 1.0, TUBE 2.0 (2015) dan TUBE 3.0 (2016) namun, pada tahun ini kita namakannya sebagai TUBE Mega kerana peserta telah bertambah sebanyak 1,000 orang.

“Sebelum ini kita hanya memilih 500 peserta setiap tahun tetapi kali ini kita bersyukur kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Abdul Rahman (Dahlan) telah meluluskan penambahan peruntukan untuk melaksanak­an program ini,” katanya.

Beliau turut berharap kerajaan terus memberi peruntukan bagi mengadakan program berkenaan pada masa akan datang.

“Kita berharap kerajaan terus memberi perhatian terhadap program ini, sekali gus menjadikan­nya sebagai agenda utama dalam menghasilk­an usahawan yang berjaya,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Al Amin berkata sejak program berkenaan dilaksanak­an pada 2014, ia telah berjaya mewujudkan 1,425 usahawan belia Bumiputera.

“Usahawan berkenaan juga berjaya mewujudkan 3,420 pekerjaan serta mencatatka­n jualan terkumpul sebanyak RM39.8 juta,” katanya.

Beliau berkata, untuk melaksanak­an TUBE Mega, pihaknya telah mendapat dana sokongan sebanyak RM11 juta daripada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sebagai tambahan kepada dana sedia ada sebanyak RM9 juta, menjadikan jumlah keseluruha­n sebanyak RM20 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia