Utusan Borneo (Sarawak)

Hotel My Inn di Kota Samarahan dibuka esok

-

KUCHING: Hotel My Inn yang terletak di kawasan strategik giat membangun di Kota Samarahan, akan mula beroperasi pada Selasa ini, jam 11.30 pagi.

Menurut satu kenyataan semalam, hotel itu menawarkan 46 bilik yang dihias dengan penuh elegan seperti Deluxe Suit Keluarga, Deluxe Keluarga, Deluxe King, Deluxe Queen, Deluxe Twin dan Superior King.

Kedudukan hotel itu juga bersebelah­an dengan Pasar Raya Servay Jaya, yang akan dibuka dalam masa terdekat.

Selain itu, dobi layan diri serta kedaikedai makanan juga terletak berhampira­n dengan hotel tersebut.

Ia juga terletak dalam lingkungan masa lima minit memandu ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Pusat Jantung Sarawak, Universiti Teknologi MARA (UiTM), bank dan sebagainya. Kesemua bilik dilengkapi dengan televisyen definisi tinggi bersaiz 32 inci hingga 40 inci yang lengkap dengan siaran satelit, kemudahan bancuhan kopi atau teh, air minuman, WiFi percuma, pendingin hawa setiap bilik, ( seterika dan papan seterika disediakan atas permintaan), tingkat bebas rokok, sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) pada setiap tingkat serta lif.

Hotel My Inn Kota Samarahan beralamat di Sublot 11, Lot 1508, Block 26. MTLD, Jalan Kuching-Kota Samarahan Expressway, 94300 Kota Samarahan.

My Inn boleh dihubungi di 0143 0 4 6 3 3 8 a t a u FHYPERLINK tel: 082- 617828, 082-617828/617827 atau hantarkan faks ke 082-617829 atau e- mel ke info@ myinnhotel.com.

Layari www. myinnhotel. com atau Facebook: http:// web. facebook. com/ myinnks untuk keterangan lanjut.

 ??  ?? PERASMIAN ESOK: Hotel My Inn Kota Samarahan bakal membuka pintunya kepada orang ramai esok.
PERASMIAN ESOK: Hotel My Inn Kota Samarahan bakal membuka pintunya kepada orang ramai esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia