Utusan Borneo (Sarawak)

Filipina ekstradisi suspek teroris ke AS

-

MANILA: Seorang suspek dari Filipina dalam rancangan perjuangan jihad yang gagal menyasari kereta api bawah tanah New York dan Times Square akan diekstradi­si ke Amerika Syarikat ( AS), menurut setiausaha kehakiman Filipina semalam.

Russell Salic dan dua lagi didakwa terlibat dalam rancangan untuk melancarka­n serangan bagi pihak Islamic State ( IS) pada Ramadan 2016.

Salic ditangkap di Filipina pada April 2017 dan AS menuntut dia diekstradi­si, menurut Jabatan Kehakiman AS.

“Ini bermakna bahawa kita harus memulakan prosiding ekstradisi yang telah diminta,” Setiausaha Kehakiman Filipina Vitaliano Aguirre menjelaska­n lanjut.

Ketua tentera Filipina Jeneral Eduardo Ano menyatakan semalam bahawa Salic telah berada dalam tahanan Biro Siasatan Negara di negara ini.

Salic, seorang doktor Filipina berusia 37 tahun, telah memindahka­n wang sebanyak AS$ 423 pada Mei 2016 kepada beberapa suspek lain bagi memulakan operasi tersebut, menurut dokumen mahkamah AS yang dikeluarka­n Jumaat lepas.

Beberapa lokasi termasuk kereta api bawah tanah New York, Times Square dan beberapa kawasan konsert telah dikenal pasti sebagai sasaran dalam rancangan yang digagalkan seorang ejen FBI yang menyamar, umum pihak berkuasa AS pada Jumaat lepas.

Ejen tersebut menyamar sebagai seorang penyokong IS dan berhubung dengan Salic dan dua rakan subahatnya, Abdulrahma­n El Bahnasawy, pemuda Kanada berusia 19 tahun yang membeli bahanbahan bagi pembuatan bom, serta Talha Haroon, seorang pemuda Amerika berusia 19 tahun yang kini menetap di Pakistan.

Sa t u ad u a n ya n g ditandatan­gani ejen memetik beberapa mesej yang dihantar Salic kepada orang lain yang terlibat dalam rancangan itu di mana dia menyatakan undang-undang keganasan di Filipina sama sekali tidak tegas berbanding negaranega­ra seperti Australia dan United Kingdom.

Salic merupakan seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas dengan sebuah hospital di selatan Filipina di bandar Cagayan de Oro, menurut aduan itu.

Ba h a g i a n se l a t a n terpencil di Filipina yang mempunyai ramai penduduk Katolik merupakan kubu kuat keganasan pemisah selama beberapa dekad dan kumpulan ekstremis yang telah mengumumka­n kesetiaan kepada IS.

Semalam ketua tentera Filipina menyatakan Salic telah menghantar dana ke negara lain bagi kegunaan rangkaian pengganas IS.

“Dia telah menyediaka­n bantuan kewangan bagi beberapa ekstremis dan pengganasy­angmencuri­gakan di Timur Tengah, di AS, Malaysia,” Ano memberitah­u wartawan.

“Dia sangat aktif di dalam media sosial dan laman sesawang di mana kumpulan berkaitan dengan ISIS telah gunakan,” Ano menyatakan menggunaka­n nama lain untuk IS.

Pihak berkuasa telah mengawasi aktiviti Salic sejak 2014, tambah Ano. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia