Utusan Borneo (Sarawak)

Nota dedah cara serangan Paddock

-

WASHINGTON: Sekeping nota ditemui dalam bilik hotel penembak Las Vegas Stephen Paddock menunjukka­n kiraan dengan tulisan tangan bagi meningkatk­an ketepatann­ya dan jumlah yang terbunuh, lapor rangkaian CBS di AS kelmarin.

Cebisan kertas ditemui anggota polis yang menyerbu bilik Paddock selepas dia melancarka­n serangan dari tingkat 32 Hotel Mandalay Bay pada malam Ahad, membunuh 58 orang dan mencederak­an hampir 500 orang.

Dalam temu bual semalam, pegawai David Newton dari unit K-9 Jabatan Polis Las Vegas, memberitah­u kepada rancangan CBS ‘60 minutes’ beliau menyedari nota Paddock di atas meja tepi berhampira­n tempat dia melepaskan tembakan.

“Saya dapat melihat dia telah menulis tentang jarak, pengiraan, butiran peluru yang akan digunakan untuk orang ramai.

“Nampaknya dia terpaksa menulis dan mengira sebelum menembak untuk mengenai sasarannya dari sana,” kata beliau.

Newton menambah bahawa menyerbu masuk ke dalam bilik dengan menggunaka­n bahan letupan sebelum menemui mayat Paddock dan beberapa senjata adalah seperti adegan filem yang amat menakutkan.

Bilik hotel Paddock m e m b e r i k a n n y a pemandanga­n yang sesuai bagi melakukan seranganny­a ke atas lebih 20,000 orang yang menghadiri konsert muzik desa di seberang jalan, kira-kira 365 meter jauhnya.

Nota tidak memberikan petunjuk mengenai motif penyerang yang masih belum diketahui.

“Kami masih belum mempunyai motif yang jelas atau sebab kenapa,” Syerif Muda Kevin McMahill dari Jabatan Polis Metropolit­an Las Vegas memberitah­u wartawan Jumaat lepas, sambil menambah bahawa pihak penguatkua­saan undangunda­ng sedang meneruskan untuk mencari jawapan.

Pihak prosenjata Persatuan Raifal Kebangsaan (NRA) menyeru pihak berkuasa agar meneliti semula undangunda­ng berkaitan ‘bump stocks’, alat yang digunakan Paddock untuk mengubah senjata separa automatik kepada mesingan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia