Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 3,000 pendatang ditangkap

-

SABRATHA: Satu pasukan tentera yang bersekutu dengan kerajaan perpaduan Libya di hab penyeludup­an manusia Sabratha telah menahan lebih 3,000 pendatang, kata pegawai keselamata­n menyatakan kelmarin.

“Kami telah menahan 3,150 pendatang haram dengan pelbagai kerakyatan Asia, Arab dan Afrika,” kata komander pasukan tentera Bassem Ghrabli.

Pasukan tenteranya menyatakan Jumaat lepas ia mengusir militia musuh diketuai bekas ketua rangkaian penyeludup­an manusia, keluar dari bandar tersebut selepas pertempura­n tiga hari.

P e r t e m p u r a n menyebabka­n 39 terkorban dan 300 tercedera, menurut kementeria­n kesihatan kerajaan perpaduan.

Pertempura­n turut merosakkan­beberapase­kolah, hospital dan harta benda arkeologi yang disenaraik­an UNESCO di Sabratha, 70 kilometer di barat Tripoli.

Selepas pengguling­an dan pembunuhan diktator sebelum ini Muammar Ghaddafi dalam revolusi 2011 yang disokong NATO, bandar tersebut telah menjadi hab utama pendatang haram yang ingin mencari peluang ke Eropah.

Mengambil kesempatan terhadap kelonggara­n keselamata­n, beberapa penyeludup tempatan mengawal seluruh bahagian di bandar ini malah membina jeti pendaratan mereka sendiri bagi menghantar puluhan bot pendatang dalam sehari.

Kerajaan Perjanjian Nasional cuba melaksanak­an kuasanya di sebalik penguasaan beberapa militia dan kerajaan musuh disokong pemimpin tentera Khalifa Haftar di timur. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia