Utusan Borneo (Sarawak)

Lagi kes rempuhan kereta di London

Polis sahkan insiden kali ini adalah kemalangan jalan raya biasa, bukan teroris

-

LONDON: Sebelas cedera kelmarin apabila sebuah kereta merempuh pejalan kaki dekat Muzium Sejarah Semula Jadi, salah satu kawasan pelanconga­n paling sibuk di London, tetapi polis menolak kebimbanga­n bahawa ia adalah serangan teroris dengan mengesahka­n ia hanyalah insiden kemalangan jalan raya.

Polis berkata, mereka percaya kereta tersebut terbabas ke kawasan bahu jalan di luar lokasi popular di barat London itu lalu merempuh sejumlah pejalan kaki.

Pegawai polis segera menahan seorang lelaki berusia 40- an di tempat kejadian dan kini disoal siasat atas tuduhan pemanduan secara berbahaya selepas dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

“Insiden ini melibatkan siasatan trafik jalan raya sepenuhnya dan bukannya insiden berkaitan teroris,” menurut kenyataan polis.

Perkhidmat­an ambulans London berkata, mereka telah merawat sebelas mangsa yang kebanyakan­nya cedera di kepala dan kaki, dengan sembilan daripadany­a dikejarkan ke hospital.

Polis berkata, tiada ke c e d e r a a n ya n g membahayak­an nyawa malah majoriti mereka yang dimasukkan ke hospital telah dibenarkan keluar.

Rakamantid­akdisahkan­dari tempat kejadian menunjukka­n seorang lelaki ditahan dekat kereta Toyota hitam yang remuk bonetnya.

Oliver Cheshire, model dan tunang penyanyi pop British Pixie Lott, memberitah­u akhbar Daily Mail bahawa beliau antara yang membantu menahan lelaki terbabit.

Beliau berkata, tiga penumpang wanita dalam kereta tersebut memberitah­unya ia adalah teksi swasta.

“Dia memandu di sepanjang bahujalan,melanggara­ntara11 hingga 12 mangsa, kemudian lelaki itu menjerit.

“Dia melihat ke arah saya dan saya amat terkejut. Saya keluar dari kereta dan mendapatka­nnya, tiga daripada kami telah menangkapn­ya, dan seseorang menghubung­i polis,” jelas beliau kepada akhbar.

Polis atau Transport for London yang menguruska­n ke b a n y a k a n si s t e m pengangkut­an bandar raya itu enggan mengulas mengenai status kenderaan tersebut.

“Penghargaa­n saya buat responden pertama insiden petang tadi dan tindakan orang awam.

“Ingatan saya buat mangsa yang cedera,” menurut Perdana Menteri Theresa May dalam Twitter.

Britain kini dalam amaran keselamata­n kedua tertinggi yang bermaksud serangan militan amat berkemungk­inan.

Pada Mac, seorang pemandu kereta merempuh orang ramai di Westminste­r Bridge, menyebabka­n empat maut sebelum menikam hingga mati seorang pegawai polis yang berkawal di pekarangan bangunan Parlimen.

Tiga militan pelampau merempuh orang ramai di London Bridge pada Jun sebelum menikam orang ramai di restoran dan kelab malam berhampira­n, menyebabka­n lapan maut.

Pada bulan sama, sebuah van merempuh orang ramai dekat sebuah masjid di utara London yang menyebabka­n seorang lelaki mati. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DITANGKAP: Gambar serahan daripada Twitter menunjukka­n seorang lelaki dijatuhkan ke atas tanah di tepi sebuah kenderaan yang remuk di Exhibition Road antara Muzium Victoria dan Albert ( V&A) dan Muzium Sejarah Semula Jadi di Kensington Selatan, London,...
— Gambar AFP DITANGKAP: Gambar serahan daripada Twitter menunjukka­n seorang lelaki dijatuhkan ke atas tanah di tepi sebuah kenderaan yang remuk di Exhibition Road antara Muzium Victoria dan Albert ( V&A) dan Muzium Sejarah Semula Jadi di Kensington Selatan, London,...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia