Utusan Borneo (Sarawak)

Sauna gay diserbu, 58 ditahan

-

JAKARTA: Pihak polis Indonesia telah menahan 58 lelaki termasuk beberapa rakyat asing dalam satu serbuan ke atas sebuah pusat sauna gay, menurut pegawai kelmarin, petunjuk terbaharu tindakan tegas terhadap golongan homoseksua­l di negara majoriti Islam ini.

Pada lewat Jumaat pihak polis telah menyerbu sebuah bangunan di bandar utama Jakarta yang menempatka­n sauna dan sebuah gim selepas mereka menerima maklumat daripada orang awam bahawa ia telah digunakan bagi pelacuran.

“Kami telah menahan 51 suspek dan tujuh pekerja kerana dikatakan menyediaka­n perkhidmat­an pornografi,” jurucakap Polis Jakarta Argo Yuwono menyatakan dalam satu kenyataan.

Enam rakyat asing turut ditangkap, meliputi empat lelaki dari China, seorang dari Thailand dan seorang dari Belanda.

Kegiatan seks homoseksua­l dan gay bagaimanap­un tidak diharamkan di Indonesia melainkan di wilayah konservati­f Aceh yang melaksanak­an undang- undang syariah, namun pihak polis telah menggunaka­n undangunda­ng antipornog­rafi yang tegas atau dakwaan dadah bagi mendakwa golongan LGBT sebagai penjenayah.

Yuwono menyatakan enam daripada yang ditahan akan didakwa di bawah undangunda­ng antipornog­rafi yang membawa hukuman penjara hingga enam tahun.

Serbuan pada Jumaat lepas dibuat ketika sasaran semakin dipertingk­atkan ke atas komuniti kecil lesbian, gay, biseksual dan transjanti­na ( LGBT) yang dianggap menyalahi agama.

Para menteri, kumpulan Islam yang berpengaru­h dan tegar telah bersedia untuk melakukan kenyataan anti- LGBT secara umum barubaru ini.

Dalam insiden yang sama pada Mei lepas, 141 orang lelaki telah ditahan kerana dikatakan turut serta dalam satu parti seks di Jakarta yang digelar sebagai “The Wild One”.

An d r e a s Ha r s o n o , penyelidik kanan Indonesia di Human Rights Watch, telah mengecam tindakan penahanan itu.

“Ini adalah sebahagian dari kempen anti- LGBT yang dilakukan di Indonesia yang dilaksanak­an sejak Januari tahun lepas,” beliau memberitah­u AFP.

“Human Rights Watch telah menuntut pihak polis membebaska­n mereka dan tidak melakukan dakwaan terhadap mereka.”

Beliau menyatakan pe n i n g k a t a n da l a m diskrimina­si terhadap LGBT Indonesia adalah berkaitan dengan peningkata­n golongan Islam konservati­f. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MENGAIBKAN: Gambar serahan polis kelmarin menunjukka­n lelaki yang ditahan dalam serbuan Jumaat lalu semasa sidang akhbar di Jakarta.
— Gambar AFP MENGAIBKAN: Gambar serahan polis kelmarin menunjukka­n lelaki yang ditahan dalam serbuan Jumaat lalu semasa sidang akhbar di Jakarta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia