Utusan Borneo (Sarawak)

Trak terbakar, dua stesen minyak meletup di Ghana

-

ACCRA: Se k u r a n g - kurangnya tiga maut dan puluhan cedera apabila sebuah trak tangki membawa gas asli terbakar di ibu negara Ghana Accra, mencetuska­n letupan besar di dua stesen minyak, menurut perkhidmat­an kecemasan semalam.

Jurucakap Perkhidmat­an Bomba Negara Billy Angalate berkata, dua mangsa mati di tempat kejadian dalam insiden di kawasan Legon malam kelmarin, dan mangsa ketiga mati di hospital.

“Keseluruha­nnya 35 terjejas, tiga daripadany­a maut dan yang lain kini terlantar di hospital.

“Lima daripada mangsa yang tercedera, setakat jam 1 pagi tadi, kini berada di unit rawatan rapi,” jelas beliau lanjut.

Kebakaran dan letupan itu yang memusnahka­n sebuah stesen pengisian gas cecair dan stesen minyak berhampira­n, menyebabka­n penduduk tempatan melarikan diri dari rumah masing-masing.

Ibu negara Ghana turut menyaksika­n kejadian sama di sebuah stesen minyak pada Jun 2015 yang menyebabka­n lebih 150 maut.

Angalate berkata, salah seorang mangsa yang terbunuh kelmarin bertindak terjun dari jejambat di bulatan sibuk Atomic Junction yang turut menempatka­n tiga stesen minyak, perkhidmat­an pengangkut­an dan restoran.

Ia juga berhampira­n sebuah sekolah tinggi dan kampus Universiti Ghana.

Ti m b a l a n Me n t e r i Penerangan Kojo Oppong Nkrumah berkata, kerajaan mengerahka­n 12 jentera bomba dan 200 anggota polis untuk menyita tempat kejadian dan menangani trafik.

“Ramai segera melarikan diri dari tempat kejadian sekali gus menyelamat­kan banyak nyawa tetapi turut mencetuska­n panik besarbesar­an,” tambahnya.

In s i d e n te r s e b u t mencetuska­n kemarahan dalam kalangan rakyat Ghana dalam media sosial mengenai keselamata­n di stesen minyak yang kebanyakan­nya berdekatan sekolah, hospital dan perniagaan.

Satu petisyen yang diwujudkan telah ditujukan kepada Presiden Nana AkufoAddo menuntut peraturan lebih ketat serta pemeriksaa­n pusat sedia ada dan dalam cadangan.

In i te r ma s u k menempatka­nnya sekurangku­rangnya 50 meter dari rumah serta 100 meter dari sekolah dan hospital.

Abena Awuku, warga Ghana yang tinggal di Belanda, mencadangk­an langkah tersebut dalam laman sesawang change.org, menyatakan stesen minyak bagaikan bencana yang menunggu untuk berlaku dan tindakan mesti diambil serta-merta.

“Insiden sama berlaku dua tahun lalu dan kami sudah muak dimomokkan dengan pembohonga­n dan janji kosong untuk melaksanak­an peraturan sehinggaka­n kini kita melihat sekali lagi kejadian seperti ini.

“Kematian dan kecederaan sebegini dengan mudah dapat dielakkan, jadi marilah kita mencegahny­a daripada berlaku lagi di masa hadapan,” katanya kemudian. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERULANG LAGI: Imej media sosial ini menunjukka­n satu letupan menerangi langit Accra ketika kebakaran memusnahka­n sebuah stesen gas asli di ibu negara Ghana itu kelmarin.
— Gambar AFP BERULANG LAGI: Imej media sosial ini menunjukka­n satu letupan menerangi langit Accra ketika kebakaran memusnahka­n sebuah stesen gas asli di ibu negara Ghana itu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia