Utusan Borneo (Sarawak)

Tegaskan dia sering disalah anggap

- Oleh Nicolas Pratviel

LIAM Gallagher mahu membuat pengakuan.

“Saya adalah lelaki bermulut celupar ini yang mengeluark­an perkara biadab.”

Namun bekas penyanyi utama kumpulan Oasis itu, dengan nama yang seakan-akan dikaitkan buat selama-lamanya dengan ungkapan “foulmouthe­d rant” (mulut cabul), menegaskan dia disalah anggap.

“Saya juga seorang lelaki yang penuh dengan kehibaan,” kata penyanyi itu kepada AFP ketika album solo pertamanya ‘As You Were’ keluar Jumaat.

“Ada kesedihan jauh di dalam diri saya. Saya adalah lelaki seperti itu. Saya di sini bukan untuk bercakap mengenai keadaan minda saya tetapi, ya, saya ada hak untuk berbuat demikian, betul tak?”

Kehidupan bukan satu yang mudah bagi si adik di antara dua adik beradik Gallagher sejak perpecahan kumpulan dari Manchester berkenaan, yang sewaktu kegemilang­an mereka pada tahun 1990-an pernah menyatakan mereka “lebih besar daripada The Beatles”.

Pergaduhan hebat mereka beberapa minit sebelum mereka dijadual muncul di atas pentas di festival Rock en Seine dekat Paris pada 2009 telah menjadi cerita dalam legenda muzik.

Liam dipercayai melontar abangnya Noel dengan sebiji buah plum dan kedua-dua mereka mula bertumbuk di belakang pentas, dengan Liam mengambil gitar Noel dan “menggunaka­nnya seperti kapak”.

Sejak itu adik beradik itu amnya berkomunik­asi dengan menghina satu sama lain secara terbuka.

“Ia benar, benar menyeronok­kan untuk kembali selepas sekian lama,” kata Liam, sekarang 45 tahun dan bapa kepada empat orang anak.

“Tempoh selama empat tahun yang lalu adalah sukar bagi saya secara peribadi,” katanya, yang merujuk kepada perceraian­nya dengan isteri keduanya, Nicole Appleton, bekas bintang All Saints.

Dari segi kesenian, ia juga tidak begitu seberapa.

Usahanya untuk menyalakan semula keajaiban Oasis bersama dua lagi bekas anggota kumpulan itu beransuran­sur pudar pada 2014 selepas apa yang dia akui adalah “dua album yang gagal”.

Namun sekarang dia sudah kembali dan tidak sabar mahu membuat pengkritik menjilat balik kata-kata mereka.

Dia mendakwa dalam satu temu bual dengan AFP – yang penuh dengan kata-kata makian - bahawa dia dapat menulis “lagu-lagu yang bagus” dan “album-album yang bagus”.

Dia berkata dia hampir dapat mendengar para pengkritik mengasah pisau mereka.

Dalam satu wawancara gembira untuk bergerak bersendiri­an, dan menegaskan dia masih “hebat sama sekali”.

Ditanya oleh majalah Rolling Stone sama ada dia akan tergoda jika ditawarkan AS$50 juta (RM215 juta) untuk berbuat demikian dalam masa sedekad akan datang, dia menjawab, “Saya masuk!”

Buat sementara waktu, Liam Gallagher reda untuk menunggu.

“Jika suatu hari nanti dia mahu membentuk semula kumpulan kami – kerana dia yang meninggalk­an kumpulan – saya bersedia,” katanya. “Saya berharap suatu hari nanti ia akan berlaku.” – AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia