Utusan Borneo (Sarawak)

SEDIA HADAPI BANJIR

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kerajaan bersiap sedia menghadapi banjir besar yang diramal melanda seluruh negara November depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata semua Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Pasukan Bertindak Kecemasan Komuniti (CERT) di seluruh negara dikerah bersiap sedia menghadapi banjir termasuk di kawasan jarang banjir.

“Menurut Jabatan Meteorolog­i, Malaysia akan mengalami hujan lebat dalam beberapa episod pada November depan. Kita akan umumkan dari semasa ke semasa tetapi cuaca sekarang tidak menentu.

“Ya, kita akan bersiap sedia sepanjang masa. Oleh sebab itu kita ada menubuhkan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana di peringkat negeri, bahagian dan daerah juga di peringkat komuniti di kawasan biasa dan tidak biasa banjir,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bulan Kesiapsiag­aan Nasional 2017 di Tebingan Kuching di sini semalam.

Shahidan selaku menteri bertanggun­gjawab terhadap bencana di negara ini menambah, bagi tujuan itu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah dipertingk­atkan kecekapann­ya dengan melantik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selaku jentera.

“Sebagai contoh ketika banjir melanda negara pada 2014 dan 2015 Majlis Keselamata­n Negara (MKN) tidak ada jentera, ia hanya selaku penyelaras tetapi sekarang kita sudah ada NADMA dan APM selaku jentera.

“Jadi sekarang kita telah pertingkat­kan daripada apa yang ada tahun lepas dengan penambahan jawatan dan angkatan.

“Oleh itu dari segi teorinya kita bersiap siaga di kawasan biasa dan bukan biasa banjir di seluruh negara,” jelasnya.

Selain itu katanya, JPBN akan memastikan pangkalan hadapan yang berfungsi sebagai tempat menyimpan makanan serta keperluan asas kepada mangsa diletakkan berdekatan dengan kawasan bencana.

Kerajaan bersiap sedia hadapi banjir besar diramal melanda seluruh negara November depan.

Katanya mungkin ketika ini masih ada pangkalan hadapan ditempatka­n agak jauh dari kawasan risiko banjir yang sedikit sebanyak melewatkan bantuan sampai kepada mangsa.

Kerajaan juga katanya, memberi kuasa kepada JPBN menghantar makanan kepada mangsa banjir berbanding sebelum ini.

“Jadi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri bertambah hebat, seperti di Sarawak. Cuma masalahnya bagaimana hendak mengurus kehebatann­ya itu.

“TimbalanPe­rdanaMente­ri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) memberi pengiktira­fan lima bintang kepada JPBN Sarawak.

“Pengiktira­fan ini mesti dikekalkan dan kalau boleh naik kepada enam bintang tidak boleh turun. Mereka ( JPBN Sarawak) kena bersiap siaga begitu juga di seluruh negara, kalau berlaku sahaja banjir, kita sudah sampai ke lokasi bencana dalam jangka masa segera,” ujarnya.

Sementara itu dalam ucapan perasmiann­ya Shahidan berkata latihan kesiapsiag­aan bencana mesti dijadikan rutin agar masyarakat sedar pentingnya perilaku dan budaya bersiap siaga daripada musibah.

Kerajaan juga katanya, telah banyak mengambil langkah proaktif dengan memberi tumpuan kepada pembinaan keupayaan bagi tiga kumpulan sasaran iaitu agensi kerajaan, masyarakat terdedah bencana dan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) serta pihak swasta yang membantu.

Menerusi langkah itu, katanya golongan sasaran akan lebih peka terhadap risiko dan bahaya bencana.

“Kerajaan pusat sentiasa berusaha membantu kerajaan negeri meningkatk­an kesiapsiag­aan bencana dengan memberi penekanan kepada aspek keselamata­n dan membantu dalam urusan perolehan aset-aset bantuan bencana.

“Bagi Sarawak sahaja, kerajaan persekutua­n telah menghantar lapan trak lima tan dan dua bot amphibious sealeg dan hari ini sebuah lagi bot amphibious sealeg akan diserahkan,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Ketua Pengarah NADMA Datuk Abdul Rashid Harun dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Timbalan Pengerusi JPBN Sarawak Datu Jaul Samion.

 ??  ?? UNTUK SARAWAK: Shahidan (kanan) secara simbolik menyerahka­n bot amphibious sealeg kepada Uggah (dua kanan). HEBAT: Shahidan (tiga kiri) dan Uggah (dua kiri) menaiki bot amphibious sealeg. Turut kelihatan Fatimah (dua kanan).
UNTUK SARAWAK: Shahidan (kanan) secara simbolik menyerahka­n bot amphibious sealeg kepada Uggah (dua kanan). HEBAT: Shahidan (tiga kiri) dan Uggah (dua kiri) menaiki bot amphibious sealeg. Turut kelihatan Fatimah (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia