Utusan Borneo (Sarawak)

‘NSIX TUPONG DUATHLON’JADI ACARA ANTARABANG­SA

Akan direalisas­i pada penganjura­n tahun depan, dapat sokongan Fadillah

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Perlumbaan ‘ NSix Tupong Duathlon’ akan dijadikan acara antarabang­sa pada penganjura­n siri ketiga tahun depan.

Acara ini diperkenal­kan buat pertama kalinya pada 2016 yang menyaksika­n peserta perlu mengharung­i cabaran larian dan berbasikal untuk menamatkan perlumbaan.

Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof yang menyokong penuh penganjura­n acara ini, berkata ia mampu dijadikan acara bertaraf antarabang­sa jika dirancang dengan baik.

“Sebagai mana program perlumbaan lain di Malaysia, saya menyokong penuh acara ‘ NSix Tupong Duathlon’ ini untuk diangkat sebagai acara bertaraf antarabang­sa.

“Untuk mencapai hasrat ini, penganjur perlu membuat perancanga­n dari sekarang,” katanya ketika berucap pada penyampaia­n hadiah kepada pemenang ‘ NSix Tupong Duathlon’ semalam.

Program ini merupakan siri kedua dianjurkan di Metro City, Matang Jaya oleh N6 Tupong dan ZASS Event Management.

Terbuka kepada orang ramai, acara ini terbahagi kepada lima kategori, iaitu terbuka lelaki, terbuka wanita, veteran lelaki ( 40 tahun ke atas), master lelaki ( 50 tahun ke atas) dan ber- pasukan. Acara pelepasan peserta telah dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Acara ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n berjumlah RM11,900 dan semua 230 peserta masing- masing diberikan sehelai baju- T dan pingat tamat perlumbaan.

Sebagai mana program perlumbaan lain di Malaysia, saya menyokong penuh acara ‘NSix Tupong Duathlon’ ini untuk diangkat sebagai acara bertaraf antarabang­sa. Datuk Seri Fadillah Yusof Menteri Kerja Raya

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Fadillah (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang tempat pertama NSix Tupong Duathlon bagi kategori terbuka lelaki. Turut kelihatan Fazzrudin (tiga kanan).
TAHNIAH: Fadillah (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada pemenang tempat pertama NSix Tupong Duathlon bagi kategori terbuka lelaki. Turut kelihatan Fazzrudin (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia