Utusan Borneo (Sarawak)

Terus tuntut hak Sarawak

Menuntut hak terhakis dalam usaha menyambung perjuangan Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem: KM

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUALALUMPU­R:Kerajaan negeri akan terus menuntut hak Sarawak yang terhakis dalam usaha menyambung perjuangan bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dalam memajukan Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata perpaduan yang kukuh amat penting dalam merealisas­ikan hasrat kerajaan.

“Perpaduan yang mampan adalah amat penting dalam usaha memajukan negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2017 di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam kelmarin.

Abang Johari berharap impian untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri termaju di Malaysia menjelang tahun 2030 dapat direalisas­ikan.

Apa yang penting katanya, masyarakat pelbagai

Perpaduan yang mampan adalah amat penting dalam usaha memajukan negeri Sarawak. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

kaum harus mengekalka­n perpaduan yang selama ini menjadi pegangan kukuh di negeri Sarawak mahupun di Semenanjun­g Malaysia.

Majlis itu dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isterinya, Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

Selain itu, turut hadir isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, TimbalanTi­mbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, menteri kabinet Sarawak dan menteri kerajaan persekutua­n.

Lebih 10,000 orang hadir pada Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2017 yang dimulakan dengan Karnival Anak Sarawak pada jam 8 pagi.

Abang Johari turut mengingatk­an anak-anak Sarawak agar bersedia dengan transforma­si ekonomi digital yang kini menjadi dasar pembanguna­n Sarawak.

“Kita tidak boleh berharap dengan konsep lama dan konvension­al sebaliknya bersedia untuk menghadapi perubahan ke arah ekonomi digital.

“Perkara ini amat penting supaya anak-anak Sarawak mampu bersaing dengan masyarakat lain yang sudah maju sekali gus mampu menjadikan Sarawak negeri yang maju dan berpendapa­tan tinggi,” katanya.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap pengerusi penganjur LBAS 2017 Datuk Joseph Entulu Belaun dalam ucapannya mencadangk­an agar program tahunan itu dapat dilaksanak­an dalam dua kategori bagi membuka lebih banyak peluang kepada peserta untuk berinterak­si dengan pemimpin Sarawak.

 ??  ??
 ??  ?? ANAK SARAWAK: Tun Taib dan Toh Puan Ragad bersama Abang Johari dan Juma’ani serta barisan menteri Sarawak pada Majlis Makan Malam Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2017.
ANAK SARAWAK: Tun Taib dan Toh Puan Ragad bersama Abang Johari dan Juma’ani serta barisan menteri Sarawak pada Majlis Makan Malam Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia