Utusan Borneo (Sarawak)

Idlib medan pertempura­n Turki, HTS

Ankara lancar kempen hapus pemberonta­k bekas sekutu Al-Qaeda di Syria

-

BE I R U T : Pa s u k a n tentera Turki berbalas serangan semalam dengan pemberonta­k daripada bekas sekutu Al-Qaeda di Syria di sempadan wilayah Idlib, menurut sebuah badan pemantau dan para saksi, sehari selepas Ankara mengumumka­n operasi ketenteraa­n di sana.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan kelmarin mengumumka­n pemberonta­k pro-Ankara akan mengetuai kempen ketenteraa­n untuk melumpuhka­n pakatan pemberonta­k Hayat Tahrir al-Sham (HTS) di wilayah barat laut Syria itu.

Pagi semalam, pemberonta­k HTS melepaskan tembakan ke arah tentera Turki yang sedang mengalihka­n sebahagian tembok tiga meter di sepanjang sempadan Turki dan Syria dekat Idlib, menurut saksi dan badan pemantau Syrian Observator­y for Human Rights.

“Sekumpulan pemberonta­k HTS melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang sedang mengalihka­n sebahagian tembok, lantas dibalas tentera Turki dengan tembakan dan bedilan mortar,” menurut saksi di sempadan.

Observator­y melaporkan pertempura­n hebat tetapi insiden itu tidak memulakan operasi yang digambarka­n Erdogan kelmarin.

Bedilan tentera Turki mengenai kawasan berhampira­n kem untuk pelarian awam dekat sempadan, memaksa sebilangan daripada mereka untuk melarikan diri, katanya.

Para pemberonta­k HTS juga membedil satu kedudukan tentera Turki dekat lintasan sempadan Bab al-Hawa.

Stesen televisyen swasta Turki NTV melaporkan pertempura­n bersenjata di kawasan sempadan, memetik sumber ketenteraa­n.

Dalam laman sesawangny­a, ia menyatakan tentera Turki telah melepaskan tembakan artileri untuk menyokong pemberonta­k bersekutu Syria.

Kempen terhadap HTS telah menjadi subjek spekulasi sejak beberapa minggu lalu dan dikaitkan dengan pelan untuk melaksanak­an ‘ zon selamat di wilayah Idlib dan kawasan sekitarnya.

Turki yang menyokong pemberonta­k, bersama rejim Syria yang disokong Rusia dan Iran, awal tahun ini mempersetu­jui perjanjian untuk melaksanak­an zon gencatan senjata sedemikian di negara tersebut sebagai permulaan kepada rundingan perjanjian damai.

Zon yang meliputi Idlib adalah yang terakhir dilaksanak­an, namun terhalang oleh tentangan sengit HTS yang didominasi bekas sekutu Al-Qaeda di Syria.

Kumpulan itu mengawal hampir keseluruha­n wilayah Idlib setelah menyingkir­kan kumpulan pemberonta­k termasuk bekas sekutu dalam satu kempen serangan awal tahun ini.

Ia kelmarin memberi amaran ‘ pakatan yang membelot untuk berperang bersama penjajah Rusia hanya boleh memasuki kawasan tersebut sekiranya mereka ingin ibu mereka berkabung, anak-anak mereka menjadi yatim piatu dan isteri mereka menjadi balu’.

Lebih 330,000 maut di Syria sejak konflik tercetus susulan protes antikeraja­an pada Mac 2011. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SEKUTU TURKI: Pemberonta­k pro-Ankara menaiki trak pikap ketika melalui kampung Hawar Killis di sepanjang sempadan Syria-Turki di wilayah utara Aleppo pada Jumaat lalu dalam kemaraan ke Idlib.
— Gambar AFP SEKUTU TURKI: Pemberonta­k pro-Ankara menaiki trak pikap ketika melalui kampung Hawar Killis di sepanjang sempadan Syria-Turki di wilayah utara Aleppo pada Jumaat lalu dalam kemaraan ke Idlib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia