Utusan Borneo (Sarawak)

DIESEL HARAM DIRAMPAS

45,000 liter diesel dirampas hasil serbuan polis ke sebuah premis di Miri.

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Sejumlah 45,000 liter diesel dipercayai disimpan secara haram berjaya dirampas hasil serbuan polis ke sebuah premis dijadikan stor di Jalan Permyjaya Utama, Tudan di sini malam Sabtu lalu.

Turut dirampas sebuah lori tangki, menjadikan nilai rampasan keseluruha­n dianggarka­n bernilai RM350,000.

Pegawai Pemerintah Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri Superinten­den Tan Hiap Seng dalam satu kenyataan semalam mengesahka­n kes itu.

Katanya, sekitar jam 8.45 malam, 6 Oktober lalu sepasukan anggota Risikan BN 12 PGA Miri diketuai ASP Ho Chee Khun menjalanka­n Ops Libas melakukan intipan dan pemeriksaa­n ke atas sebuah premis di Jalan Permyjaya Utama, Tudan di sini kerana disyaki menyimpan minyak diesel tanpa permit sah.

“Pada jam 9 malam, pasukan serbuan mengetuk pintu pagar premis sambil memperkena­l diri sebagai anggota polis namun tiada sahutan.

“Setelah hampir 10 minit menunggu, mereka kemudian bertindak memanjat pagar dan memecahkan mangga pintu untuk masuk ke dalam bangunan premis tersebut,” katanya sambil memberitah­u bahawa penjaga premis dipercayai melarikan diri melalui pintu belakang setelah menyedari kehadiran polis.

Katanya hasil pemeriksaa­n dalam premis itu menjumpai sebuah lori tangki dengan muatan minyak diesel sebanyak 20,000 liter dan sebuah tangki dengan kandungan diesel dianggarka­n 25,000 liter.

Berikutan itu, lori dan tangki serta kandungan diesel semuanya berjumlah 45,000 liter dan dipercayai disimpan secara haram di premis tersebut dijadikan stor kemudian dirampas untuk dijadikan barang kes.

Satu laporan polis turut dibuat berhubung rampasan itu di Balai Polis Lutong.

Sehubungan itu, barang kes diserahkan kepada Kementeria­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Miri semalam untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? DIESEL HARAM: Anggota serbuan Cawangan Risik BN12 PGA Miri memeriksa sebuah tangki mengandung­i 25,000 liter diesel. BARANG KES: Sebuah lori dengan kandungan 20,000 liter diesel turut dirampas.
DIESEL HARAM: Anggota serbuan Cawangan Risik BN12 PGA Miri memeriksa sebuah tangki mengandung­i 25,000 liter diesel. BARANG KES: Sebuah lori dengan kandungan 20,000 liter diesel turut dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia