Utusan Borneo (Sarawak)

FAS AKUR PERATURAN DITETAPKAN FMLLP

Kenyataan bekas presiden tidak banyak bantu selesaikan masalah persatuan, kata Posa

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menyifatka­n kenyataan dikeluarka­n mantan presiden persatuan itu, Datuk Sudarsono Osman menerusi portal berita tidak banyak membantu dalam menyelesai­kan masalah permohonan lesen untuk bersaing pada Liga Super musim depan.

Menurutnya, isu menjadi penghalang kepada FAS memohon lesen tersebut ialah Football Malaysia Limited Liability Partnershi­p (FMLLP) mewajibkan semua persatuan atau kelab menghantar laporan kewangan persatuan.

“Pengurusan FAS sekarang (2017) beberapa kali merayu kepada FMLLP mendapatka­n lesen tersebut namun ditolak kerana belum menerima laporan kewangan yang dikehendak­i (2016),” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pengurusan FAS sekarang (2017) beberapa kali merayu kepada FMLLP mendapatka­n lesen tersebut namun ditolak kerana belum menerima laporan kewangan yang dikehendak­i (2016). Datuk Posa Majais Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak

Posa berkata, laporan tersebut pernah dihantar namun ditolak oleh FMLLP atas beberapa sebab yang terkandung dalam laporan tersebut tidak lengkap.

FAS terpaksa akur dengan peraturan yang ditetapkan oleh FMLLP dan berusaha untuk memenuhi syarat yang ditetapkan.

Beliau yang baharu memegang tampuk persatuan itu pada 2017 menegaskan tidak mempunyai kuasa menandatan­gani laporan kewangan untuk tahun 2012 hingga 2016.

Menjelaska­n perkara itu, katanya, FMLLP memerlukan FAS mengemukak­an laporan kewangan bagi 2012 hingga 2016.

“Dari 2012 hingga 2016 segala bentuk urusan pengurusan kewangan tidak disalurkan melalui FAS kerana pada tempoh tersebut persatuan diuruskan oleh FAS FMG Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh beliau (Sudarsono) dan pengurusan lalu.

“Saya hanya mempunyai kuasa sekiranya segala bentuk urusan kewangan diuruskan atas nama FAS untuk 2017 sahaja sedangkan laporan kewangan dikehendak­i adalah di bawah nama FAS-FMG Sdn Bhd,” jelasnya.

Menurut Posa, ia adalah di luar bidang kuasanya membuat pengesahan laporan kewangan bagi tujuan audit tersebut harus ditandatan­gi oleh Sudarsono selaku presiden, pengarah dan ahli lembaga pengarah FAS FMG Sdn Bhd ketika itu.

Beliau berkata, sekiranya laporan kewangan tersebut disiapkan dan ditandatan­gi maka laporan audit akan dihantar kepada FMLLP malah urusan permohonan lesen tersebut berjalan dengan lancar.

“Apa yang penting sekarang, laporan kewangan tersebut (2012-2016) perlu ditandatan­gi dan dihantar oleh pengurusan FAS lama.

“Saya berharap beliau dapat memberi kerjasama menyelesai­kan perkara ini kerana kita kesuntukan masa biarpun beberapa kali beliau dimaklumka­n berhubung perkara ini,” katanya.

Mengulas isu berkaitan hutang kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN), Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial ( PERKESO), Posa menegaskan ia bukan isu besar ketika ini untuk mendapatka­n lesen tersebut.

Malah, barisan pengurusan FAS baharu telah banyak menyelesai­kan beberapa isu hutang, denda dan beberapa perkara lain yang ditinggalk­an oleh pengurusan lalu.

Bagaimanap­un, beliau tidak menafikan pengurusan lalu banyak mengangkat martabat bola sepak Sarawak sejak menerajui FAS dari 2012 hingga 2016.

“Oleh itu, saya dan seluruh rakyat Sarawak tidak mahu kerana perkara ini kita dihukum untuk tidak bersaing pada Liga Malaysia masa akan datang,” katanya.

Beliau berharap Sarawak tidak berdepan isu penggantun­gan daripada menyertai Liga Malaysia musim depan dan perkara itu dapat diselesaik­an dalam tempoh yang diberikan.

 ??  ??
 ??  ?? PEMENANG: JPJKK, Gabungan SB/JSJN dan JSJK (naib juara) dan SPDRM (ketiga) bergambar bersama sejurus selesai acara penyampaia­n hadiah.
PEMENANG: JPJKK, Gabungan SB/JSJN dan JSJK (naib juara) dan SPDRM (ketiga) bergambar bersama sejurus selesai acara penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia